Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan Aidilfitri eratkan silaturahim dua keluarga
  • Tengah
  • WILAYAH

Kunjungan Aidilfitri eratkan silaturahim dua keluarga

Utusan Sarawak 7 hours ago
HUBUNGAN ERAT….Lau (tiga kiri) merakam kenangan bersama ahli keluarga Allahyarham Wan Hamid Masshor semasa kunjungan Aidilfitri di Jalan Jasmin, Sibu, hari ini.

SIBU: Temenggung Dato Vincent Lau mengadakan kunjungan sempena Hari Raya ke kediaman keluarga Allahyarham Wan Hamid Masshor di Jalan Jasmin, di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut mencerminkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua keluarga, sekali gus meneruskan tradisi kunjung-mengunjung setiap kali musim perayaan.

Ketibaan Lau disambut mesra oleh ahli keluarga Allahyarham dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.

Amalan kunjung-mengunjung seperti ini dilihat mampu mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Majlis tersebut turut dihadiri kenalan rapat dan berlangsung dalam suasana santai dengan pelbagai juadah hari raya disediakan untuk para tetamu.

Kunjungan berkenaan sekali gus mencerminkan nilai keharmonian dan kebersamaan yang terus menjadi amalan masyarakat di kawasan ini.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kunjungan Aidilfitri erat hubungan pemimpin dan masyarakat di Marudi
Next: Gerawat berkunjung Hari Raya ke kampung masyarakat Kiput Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.