
MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, bersama isterinya Datin Monica mengadakan kunjungan Hari Raya di beberapa kampung masyarakat Melayu di sini, hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, lapan rumah adalah milik golongan B40, dan kunjungan itu memberi peluang untuk beliau mengenali mereka dengan lebih dekat.
“Yang penting, kunjungan ini sebagai tanda pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan B40 yang ramai menetap di kawasan Marudi,” katanya

Menurut beliau, lawatan tersebut juga membolehkan beliau meninjau sendiri keadaan serta keperluan penduduk di setiap kampung.
“Saya dapat mengenal pasti beberapa rumah yang perlu dibantu, khususnya dari segi baik pulih kediaman serta bantuan lain daripada kerajaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa kunjungan seumpama ini wajar diteruskan semasa perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Krismas bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Melayu, Cina dan Iban di kawasan Marudi yang bersama beliau dalam kunjungan tersebut.
Pada lawatan itu, beliau turut menyampaikan duit raya kepada keluarga yang dikunjungi.
Oleh Jiku Juguong