Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan Tahun Baharu Cina bukan sekadar amalan tradisi – Sebastian Ting
  • Utara
  • WILAYAH

Kunjungan Tahun Baharu Cina bukan sekadar amalan tradisi – Sebastian Ting

Utusan Sarawak 6 hours ago
GONG XI FA CAI… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merakamkan gambar kenangan semasa mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina  ke rumah ahli parti serta rakan-rakannya bagi sama-sama meraikan suasana perayaan. 

MIRI: Kunjungan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) bukan sekadar amalan tradisi, sebaliknya menjadi platform penting untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuh perpaduan masyarakat, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan TBC pada hari kedua dan ketiga perayaan dengan menziarahi rumah ahli parti serta rakan-rakannya bagi sama-sama meraikan suasana perayaan.

Sepanjang dua hari lawatan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau telah mengunjungi 24 keluarga dengan diiringi beberapa Ahli Majlis Bandaraya Miri serta ahli parti.

Menurutnya, TBC  bukan sahaja perayaan penting bagi masyarakat Cina, malah waktu terbaik untuk saling mengunjungi, bertanya khabar dan mengukuhkan hubungan sesama masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli parti dan rakan-rakan atas sokongan serta kerjasama berterusan, di samping mendoakan agar semua dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan keluarga dan kejayaan dalam kerjaya pada tahun baharu ini.

Mengulas mengenai keunikan sambutan tahun ini, beliau berkata hari ketiga TBC yang turut bertepatan dengan permulaan Ramadan memberi makna tersendiri kepada rakyat Sarawak.

“Hari ketiga Tahun Baharu Cina (TBC) dan pada masa yang sama umat Islam mula menyambut ketibaan Ramadan. Ini detik yang amat bermakna apabila kita meraikan TBC sambil menyambut kedatangan Ramadan, sekali gus mencerminkan semangat keharmonian dan perpaduan masyarakat Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, kedua-dua perayaan tersebut menekankan nilai kesyukuran, perkongsian dan keprihatinan yang menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dan Berbuka Puasa Bersama akan diadakan esok, hari kelima TBC, bermula 5.00 petang hingga 9.00 malam di Dewan Suarah Miri.

Orang ramai daripada pelbagai kaum dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut yang bertujuan menghimpunkan masyarakat pelbagai latar belakang untuk bersama-sama mengeratkan hubungan dalam suasana penuh kemesraan.

“Rumah terbuka bukan sekadar tradisi, malah menjadi platform untuk memperkukuh interaksi dan persefahaman. Saya berharap orang ramai dapat hadir bersama keluarga bagi sama-sama meneruskan semangat perpaduan dan keharmonian demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat di Kampung Batu Gong, Siburan
Next: Ular kobra 3.2 meter berjaya ditangkap APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.