Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunci tertinggal dalam kereta, anggota APM pantas hulur bantuan di Kolej Vokasional Betong
  • Selatan
  • WILAYAH

Kunci tertinggal dalam kereta, anggota APM pantas hulur bantuan di Kolej Vokasional Betong

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG lelaki yang berdepan detik cemas selepas kunci kenderaannya tertinggal di dalam kereta di perkarangan Kolej Vokasional Betong, petang semalam. Foto: APM Betong

BETONG: Kecekapan dan tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong berjaya membantu seorang lelaki yang berdepan detik cemas selepas kunci kenderaannya tertinggal di dalam kereta di perkarangan Kolej Vokasional Betong, petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Mohammad Noor Ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu dikenali sebagai Lismin pada 3.35 petang bagi mendapatkan bantuan membuka pintu kereta yang terkunci.

Menurut beliau, sejurus menerima panggilan tersebut, sebuah jentera bersama tiga anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Skuad Alpha APM Betong segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 8.7 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

SEORANG lelaki yang berdepan detik cemas selepas kunci kenderaannya tertinggal di dalam kereta di perkarangan Kolej Vokasional Betong, petang semalam. Foto: APM Betong

Pasukan operasi itu diketuai oleh Lans Koperal Anthnio Gama Sempurai bersama Prajurit Timothy Mong dan Prajurit Anddy Harrison Wahid.

Katanya, berdasarkan kronologi kejadian, pemilik kenderaan hanya menyedari kunci keretanya tertinggal di atas tempat duduk sebelah pemandu ketika bersiap untuk pulang ke rumah.

Anggota penyelamat tiba di lokasi pada 3.53 petang sebelum terus menjalankan operasi membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas penyelamat.

SEORANG lelaki yang berdepan detik cemas selepas kunci kenderaannya tertinggal di dalam kereta di perkarangan Kolej Vokasional Betong, petang semalam. Foto: APM Betong

“Hasil kepakaran dan pengalaman anggota bertugas, pintu kereta berjaya dibuka dengan selamat dalam tempoh sembilan minit tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar pada struktur kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kunci kenderaan tersebut kemudiannya diserahkan semula kepada pemilik dalam keadaan baik sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.02 petang.

Sementara itu, APM Betong menasihati orang ramai agar sentiasa memastikan kunci kenderaan berada bersama mereka sebelum menutup atau mengunci pintu bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Landasan Lapangan Terbang Limbang dinaik taraf
Next: Pembinaan pintu air baharu selesai masalah banjir di Kampung Melayu Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.