Kunci tertinggal dalam kenderaan, lelaki mohon bantuan APM Marudi

Facebook
WhatsApp
KHIDMAT KHAS… Anggota APM Marudi berjaya membuka pintu kereka yang kuncinya tertinggal dalam kereta di Taman Dahyuh Marudi.

MARUDI: Seorang lelaki berusia 34 tahun terpaksa menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi bagi mendapatkan bantuan selepas kunci keretanya tertinggal di dalam kenderaan tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata PKOD Marudi menerima panggilan pada 3.15 petang kelmarin daripada Mohd Ramzan Nurawi, seorang pemandu Pos Laju dari Taman Dah Yuh, Marudi, yang memohon bantuan membuka pintu kereta selepas kunci tertinggal di dalam kenderaan.

Anggota Pertahanan Awam bergerak ke lokasi, sebaik menerima panggilan tersebut yang kira-kira jaraknya tujuh kilomter dari PKOD.

Sebaik tiba di tempat kejadian anggota pasukan APM menjalankan operasi membuka pintu kenderaan berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

Oleh Jiku Juguong

Agong zahir ucapan Selamat Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan

Anwar titip doa buat Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa agar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang akan menjalani rawatan