Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kumpulan Rentar Artistic juara Tarian Kreatifku MSU 2025
  • HIBURAN

Kumpulan Rentar Artistic juara Tarian Kreatifku MSU 2025

Utusan Sarawak 4 hours ago

TAHNIAH…Kumpulan Rentar Artistic dari SMK Muara Tuang dinobatkan sebagai johan pertandingan Tarian Kreatifku MSU 2025 sempena Festival Sarathnic MSU 2.0 baru-baru ini.

KOTA SAMARAHAN: Kumpulan Rentar Artistic dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Tarian Kreatifku MSU 2025 sempena Festival Sarathnic MSU 2.0 di sini, baru-baru ini.

Kejayaan itu menjadi bukti bahawa semangat juang, usaha gigih dan kerjasama berpasukan mampu membawa kejayaan biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk persediaan serba ringkas dalam tempoh amat terhad.

Menurut ketua pasukan, Carlson Clint, mereka hanya sempat membuat persiapan kira-kira dua minggu sebelum pertandingan bermula.

“Latihan dijalankan hingga lewat malam, dengan ahli kumpulan terpaksa bergelut dengan kekangan masa, tenaga dan logistik.

“Apa yang lebih membanggakan, semua kostum dan prop dihasilkan sepenuhnya oleh ahli kumpulan sendiri tanpa bantuan mesin jahit atau kepakaran profesional,” jelasnya.

Pasukan berkenaan turut mendapat bimbingan dua guru yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan itu iaitu Ketua Guru Penasihat Kelab Seni Tari, Evelyn Alin Lim Ai Ling dan Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, Mary Tanggai.

Sokongan serta dorongan mereka banyak membantu membakar semangat para peserta sepanjang proses latihan dan pertandingan.

“Koreografi persembahan turut dihasilkan sendiri dengan kerjasama semua ahli kumpulan tanpa bantuan jurulatih profesional, pereka kostum atau jurusolek. Namun kami percaya, dengan semangat dan kesungguhan, kami mampu menyerlah,” ujar Carlson.

Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat martabat sekolah berkenaan, malah menjadi lambang semangat persahabatan, kekentalan jiwa serta kecintaan terhadap seni budaya dalam kalangan generasi muda.

Ia sekali gus memperkukuh warisan seni tempatan serta membuktikan bahawa bakat pelajar sekolah mampu menyerlah sekiranya diberi peluang dan sokongan.
Oleh Tarani Lanting

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Legasi: Bomba The Movie angkat realiti pengorbanan wira merah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.