Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kumpulan pertama Jemaah haji djangka tiba di Malaysia sabtu ini
  • SEMASA
  • TEMPATAN

Kumpulan pertama Jemaah haji djangka tiba di Malaysia sabtu ini

Utusan Sarawak 1 day ago

KUMPULAN pertama 284 jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M yang baru selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 5.40 pagi waktu tempatan, Sabtu ini (14 Jun). Kesemua mereka akan berlepas dengan menaiki pesawat MH8251 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8.10 malam Sabtu (14 Jun). Pengurus Pejabat Pengarah Operasi Maktab, Abdul Fattah Mohd Fasor berkata bagi memudahkan urusan pulang jemaah haji berkenaan, pihak Tabung Haji (TH) dan syarikat penerbangan mengadakan City Check-In (CCI), iaitu penghantaran bagasi untuk proses daftar masuk di maktab penginapan masing-masing. Foto BERNAMA

MAKKAH:  Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada 5.40 pagi waktu tempatan, Sabtu ini.

Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8251 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8.10 malam, hari yang sama.

Pengurus Pejabat Pengarah Operasi Maktab Abdul Fattah Mohd Fasor berkata bagi memudahkan urusan pulang, Tabung Haji (TH) dan syarikat penerbangan akan melaksanakan proses city check-in (CCI), iaitu penghantaran bagasi untuk proses daftar masuk di maktab penginapan masing-masing.

“Proses CCI ini dijalankan sama seperti prosedur di lapangan terbang, termasuk pematuhan terhadap larangan barangan tertentu dan had muatan bagasi. Untuk hari ini, Malaysia Airlines terlibat dalam pelaksanaan CCI, manakala Saudi Airlines akan turut serta dalam sesi-sesi akan datang.

“Secara keseluruhan, proses CCI melibatkan 47 sesi yang dijadual bermula hari ini hingga 24 Jun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses CCI di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Al Janadriyah di sini, hari ini.

Abdul Fattah berkata setiap jemaah haji dibenarkan membawa bagasi seberat 30 kilogram (kg) selain dilarang membawa pulang air zamzam secara sendiri seperti ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata setiap jemaah haji akan diberikan lima liter air zamzam setibanya mereka di tanah air.

“Sekiranya bagasi melebihi had, kita menggalakkan jemaah khususnya pasangan suami isteri menyusun semula barangan secara berpasangan atau menggunakan perkhidmatan kurier yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, seorang jemaah wanita dari Pasir Puteh, Kelantan Nora’azidah Abd Rahman, 51, berkata proses daftar masuk bagasi yang dilaksanakan semalam berjalan lancar dari awal hingga akhir dan berpuas hati dengan kelancaran proses CCI.

“Saya tidak menyangka layanan yang diterima sangat baik, terasa macam VIP. Proses daftar masuk di penginapan memudahkan kami kerana tidak perlu membawa bagasi besar ke lapangan terbang dengan saya dan suami hanya bawa dua beg ke dalam pesawat, tidak melebihi 30 kg,” katanya.

Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Madinah pada 10 Julai dan tiba di KLIA pada 12.35 tengah malam 11 Julai.– Bernama

Continue Reading

Previous: Usahawan berjaya perlukan komitmen, disiplin tinggi
Next: Hospital Miri anjur sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.