Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kumpulan Cendrawasih Miri johan Gendang Melayu Sarawak Zon F
  • Utara
  • WILAYAH

Kumpulan Cendrawasih Miri johan Gendang Melayu Sarawak Zon F

Utusan Sarawak 15 hours ago
KUMPULAN Pertandingan Gendang Melayu Sarawak Zon F merakam gambar kenangan sempena Program Budaya @ Komuniti Rami OooHaa @ Marudi di Dataran Marudi. Foto JIKU JUGUONG

MARUDI: Kumpulan Cendrawasih Miri muncul johan pertandingan Gendang Melayu Sarawak Peringkat Zon F sempena Program Budaya @ Komuniti Rami OooHaa Marudi di Dataran Marudi, semalam.

Naib johan disandang oleh Kumpulan Sinaran Mukun Budaya Limbang, manakala tempat ketiga dimenangi Kumpulan Cahaya Pelangi Senya Bintulu.

Sementara itu, Sinaran Mukun Budaya Limbang dinobatkan sebagai johan pertandingan Bertandak Berpasangan Lelaki, manakala Kumpulan Cendrawasih Miri dan Kumpulan Cahaya Pelangi Senja Bintulu masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Johan bagi kategori She Gendang dimenangi oleh Kumpulan Cendrawasih Miri, diikuti Kumpulan Cahaya Pelangi Senja Bintulu di tempat kedua dan Kumpulan Alunan Mukun Budaya Limbang di tempat ketiga.

TAHNIAH…Tujuh peserta daripada 20 yang layak ke peringkat akhir dalam Pertandingan Bakat Marudi. Foto JIKU JUGUONG

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sarawak, Mohd Amran Mohd Aris, bersama Pegawai Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang.

Bagi Pertandingan Bakat Marudi, tujuh peserta yang layak ke peringkat akhir dan akan berentap malam ini ialah Martha Palan, Joycelyn Baun, Candy Danny Ngelayang, Danisha Entika Bulan Danny Ngelayang, Irfan Cairel, Mohd Fifi Amiera Masli, Katelyn Alin, dan Mohd Sani Mohamed.

Dianggarkan lebih 1,000 warga Marudi hadir memeriahkan Program Budaya @ Komuniti Rami OooHaa @ Marudi.

Majlis perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil malam ini.

Turut dijangka hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Marudi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek jalan di Bintangor dipergiat di bawah RTP 2024
Next: 15 NGO Sarikei terima peruntukan MRP untuk aktiviti tahunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.