Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kumang Keling bukti keupayaan Sarawak jadi hab budaya rantau ini
  • TEMPATAN

Kumang Keling bukti keupayaan Sarawak jadi hab budaya rantau ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, ditemui media selepas menyaksikan pementasan Teater Muzikal Kumang Keling di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, Kuching, malam tadi. Foto Shikin Mahmud 

PETRA JAYA: Pementasan Teater Muzikal Kumang Keling bukan sekadar persembahan seni, tetapi menjadi bukti kemampuan Sarawak muncul sebagai hab budaya rantau ini hasil kolaborasi antara institusi pendidikan dan penggiat seni profesional tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, berkata pementasan itu memperlihatkan kekuatan bakat tempatan dan kesungguhan generasi muda memartabatkan seni warisan negeri ini.

Barisan pelakon dan tenaga produksi Teater Muzikal Kumang Keling bergambar bersama selepas menjayakan persembahan sempena Panggung Seni Tradisional 2025. Foto Shikin Mahmud 

“Persembahan ini membuktikan Sarawak mempunyai asas kukuh untuk berkembang sebagai pusat kesenian bertaraf antarabangsa. Ia juga menyerlahkan bakat dan dedikasi anak muda kita dalam mengangkat seni budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyaksikan pementasan muzikal tersebut di sini, malam tadi. 

Teater yang menampilkan legenda cinta agung masyarakat Iban itu menggabungkan unsur dramatik, tari etnik dan muzik tradisional, sekaligus menonjolkan kekayaan warisan Dayak yang menjadi identiti Sarawak.

Menurut beliau, kejayaan produksi itu turut mengukuhkan perancangan kerajaan negeri untuk melabur lebih RM100 juta bagi menukar bangunan lama Dewan Undangan Negeri menjadi pusat kesenian moden, sekali gus memperkukuh ekosistem budaya Sarawak.

“Dengan pelbagai etnik dan bentuk seni yang kita miliki, Sarawak berpotensi besar menjadi pusat kebudayaan yang bukan hanya memelihara warisan, tetapi juga menarik minat pelancong dan pencinta seni dari luar,” ujarnya.

Antara babak menarik dalam pementasan Teater Muzikal Kumang Keling yang mengangkat legenda cinta agung masyarakat Iban melalui gabungan teater, tari etnik dan muzik tradisional. Foto Shikin Mahmud 

Antara babak menarik dalam pementasan Teater Muzikal Kumang Keling yang mengangkat legenda cinta agung masyarakat Iban melalui gabungan teater, tari etnik dan muzik tradisional. Foto Shikin Mahmud 

Abdullah turut menegaskan bahawa penglibatan pelajar dalam produksi berskala besar seperti Kumang Keling bukan sekadar latihan pentas, sebaliknya satu proses membentuk keseimbangan emosi dan identiti budaya generasi muda.

“Dalam dunia moden yang penuh tekanan, seni ialah ruang lembut yang menyentuh jiwa dan mengajar kita mengenal kemanusiaan,” katanya.

Pementasan arahan anak tempatan Tini Tyrani Adurahman dengan naskhah karya Mohd Asri Ibrahim ini turut menampilkan barisan pelakon berbakat termasuk Anding Indrawani, Lorna Lamban Walter, Azam Pitt dan Ricky Raca Kimwah.

Antara babak menarik dalam pementasan Teater Muzikal Kumang Keling yang mengangkat legenda cinta agung masyarakat Iban melalui gabungan teater, tari etnik dan muzik tradisional. Foto Shikin Mahmud 

Sebahagian hasil jualan tiket disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKKPS) di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membantu kebajikan komuniti seni.

Abdullah berharap persembahan seumpama ini dapat diperluas ke kawasan luar bandar agar masyarakat di pedalaman turut menikmati karya seni yang mengangkat warisan dan jiwa Bumi Kenyalang.

Oleh Adele Rissa & Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ilmu protokol bina keyakinan, profesionalisme generasi muda
Next: Kerajaan Sarawak luluskan RM3 bilion untuk pembinaan kuarters penjawat awam seluruh negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.