Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kumang Gawai Dayak Sibu 2026 tawar hadiah RM14,600, penyertaan masih dibuka
  • Tengah
  • WILAYAH

Kumang Gawai Dayak Sibu 2026 tawar hadiah RM14,600, penyertaan masih dibuka

Utusan Sarawak 4 hours ago
Senorita (tiga kiri) bersama ahli jawatankuasa mengalu-alukan penyertaan kaum wanita Dayak bagi memeriahkan Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2026.

SIBU: Kaum wanita Dayak berusia 18 hingga 30 tahun dijemput untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2026 yang bakal berlangsung pada 23 Mei ini di Hotel Kingwood.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Senorita Salleh berkata, pertandingan itu menawarkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak RM14,600 dan merupakan antara acara kemuncak program Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2026.

Menurutnya, peserta perlu memenuhi syarat ditetapkan termasuk memiliki ketinggian minimum 5 kaki 2 inci serta tampil dengan busana tradisional bangsa Iban iaitu ngepan.

“Pertandingan ini bukan sahaja mengetengahkan kecantikan, malah turut memartabatkan warisan budaya masyarakat Dayak.

“Setakat ini kita telah menerima 10 penyertaan, namun penyertaan masih dibuka tanpa had dan lebih ramai penyertaan dialu-alukan bagi memeriahkan acara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan, manakala naib johan (‘Lulong’) menerima RM3,000 bersama hadiah iringan.

Tempat ketiga (‘Selinggar’ Matahari) pula akan memenangi RM2,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil, sementara pemenang tempat keempat hingga ke-10 masing-masing menerima RM800 serta sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati.

Tambahnya, semua peserta perlu melalui pusingan saringan pada 16 Mei ini bagi memilih 10 finalis terbaik yang akan berentap pada malam kemuncak.

“Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM50 dan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri selepas pengesahan.

“Borang penyertaan lengkap bersama salinan MyKad dan sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar sebelum atau pada 9 Mei, 1.00 petang,” jelasnya.

Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2026 dianjurkan bersama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu serta Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu, yang diketuai oleh Angelyn Uchi Maseng selaku pengerusi jawatankuasa penganjur.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang penyertaan dengan menghubungi Senorita di talian 013-8061265 atau Claudia Dieo (014-6526083).

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masyarakat perlu tapis maklumat elak jejas perpaduan
Next: Penemuan ular sawa 5 kaki kejutkan peniaga di Kampung Baru Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.