Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kuih bulan dan lei cha erat perpaduan, promosi gaya hidup sihat
  • Utara
  • WILAYAH

Kuih bulan dan lei cha erat perpaduan, promosi gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 5 days ago
BEGINI CARA…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin mencuba sendiri cara membuat kuih bulan  dan lei cha pada sambutan perayaan Kuih Bulan anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Riam, Miri hari ini. 

MIRI: Kuih bulan dan lei cha, dua hidangan tradisi masyarakat Cina, bukan sahaja melambangkan warisan budaya, malah kini menjadi medium menyatukan masyarakat berbilang kaum serta mempromosi gaya hidup sihat.

Perayaan Kuih Bulan anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Riam di sini hari ini menyerlahkan usaha memperkukuh perpaduan melalui penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk belia yang berpeluang mengenali tradisi turun-temurun seperti membuat kuih bulan jenis snow skin serta demonstrasi penyediaan lei cha.

Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, ketika merasmikan sambutan perayaan itu berkata, warisan budaya seperti Perayaan Kuih Bulan perlu terus dipertahankan kerana ia menjadi jambatan keharmonian masyarakat majmuk.

“Generasi muda harus didedahkan dengan aktiviti sebegini supaya mereka memahami makna perayaan, mewarisi kemahiran tradisi serta mengenali hidangan berkhasiat seperti lei cha yang sesuai dengan gaya hidup moden,” katanya.

Tambah beliau, lei cha berpotensi besar untuk dipromosikan sebagai makanan sihat, sejajar dengan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan.

Lee turut merakamkan penghargaan kepada SUPP Cawangan Kecil Riam dan pergerakan wanitanya atas usaha konsisten menganjurkan program kebudayaan.

Beliau berharap penglibatan belia dapat terus diperkasa agar warisan tradisi ini kekal relevan dan tidak luput ditelan zaman.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Landas Cahaya Helang Tasik rangkul gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Benak 2025
Next: Pesta Benak terus angkat Simanggang sebagai destinasi pelancongan ikonik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.