Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kugiran Masdo, Jeffrydin pukau 2,500 peminat Pop Yeh-Yeh 
  • HIBURAN

Kugiran Masdo, Jeffrydin pukau 2,500 peminat Pop Yeh-Yeh 

Utusan Sarawak 5 months ago

Kugiran Masdo yang berjaya memukau peminat di Kuching. Foto UKAS

KUCHING: Kugiran Masdo memukau peminatnya apabila menjadi kugiran terakhir bagi Konsert Pop Yeh Yeh yang berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange. 

Biarpun merupakan kugiran zaman moden namun alunan dan ritma petikan gitar dan nyanyian tidak kekok didengari oleh peminat ‘otai’ bagi genre Pop Yeh Yeh ini.

Dengan membawa persembahan yang penuh bertenaga dibarisi oleh Aliff Fahmi Bahtiar (vokalis utama dan guitaris) Muhammad Aizat Asymawi (gitaris utama) dan Ahmad Azanol Khushairie (pemain bas), Hikmah Exchange digegarkan oleh 2,500 peminat-peminat Masdo yang turut merindui kehadiran mereka di Sarawak setelah sekian lama.

Alunan kugiran yang berunsurkan lagu pada zaman 60-an ditambah rancak apabila membawa lagu popular mereka seperti Dinda, Kasih Sayang dan Bunga yang turut dinyanyikan bersama oleh para penonton.

Konsert Pop Yeh Yeh ini juga menyaksikan persembahan yang tidak kurang hebatnya daripada Dato L Ramli yang membawa lagu Dara Pujaan dan Ayahku Kahwin Lagi.

Dato Jeffrydin juga terus menggamit kenangan dengan lagu beliau yang sentiasa malar segar sama ada peminat lama dan baharu dengan membawa lagu seperti Mas Mona dan Termenung merancakkan lagi malam yang meriah tersebut.

Tidak lupa juga kepada persembahan artis tempatan dan jemputan yang turut menguja peminat yang hadir pada konsert itu malam tadi. EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Festival Muzik, Seni Antarabangsa kembali gegar Kuching
Next: Pengiktirafan usaha keras pasukan – Sabri Yunus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.