Kucing tersepit di celah bumbung berjaya diselamatkan

Facebook
WhatsApp
1. ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan seekor kucing yang tersepit di celah bumbung di Flat Sungai Plan, Bintulu, pagi tadi.

BINTULU: Seekor kucing berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas tersepit di celah bumbung sebuah flat di Sungai Plan, Blok 0, di sini, pagi tadi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong menerima panggilan kecemasan pada 8.08 pagi sebelum sebuah jentera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

Jentera tiba di lokasi 8.12 pagi dan operasi menyelamat dimulakan seminit kemudian selepas pemeriksaan mendapati seekor kucing benar-benar tersepit di celah bumbung seperti yang dilaporkan pemanggil.

SEEKOR kucing yang tersepit di celah bumbung di Flat Sungai Plan, Bintulu, sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba, pagi tadi.

Komander Operasi, PBK I 6125 Mohammad Alimun Talip, kemudian mengarahkan anggota menjalankan usaha menyelamat dan kucing berkenaan berjaya dikeluarkan dari celah bumbung.

Kucing itu kemudian dibawa ke tempat selamat dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan keadaannya tidak terjejas sebelum operasi ditamatkan pada 8.20 pagi.

Operasi membabitkan empat anggota bersama sebuah jentera CFRT Hino sebelum pasukan bertolak pulang ke BBP Kidurong pada 8.25 pagi.

Pasukan tiba di balai pada 8.32 pagi dan operasi keseluruhan tamat sepenuhnya pada 8.33 pagi.

Oleh Faizah Muzidi