Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kucing terperangkap dalam enjin di Senadin
  • WILAYAH

Kucing terperangkap dalam enjin di Senadin

Utusan Sarawak 13 hours ago
TERPERANGKAP… Pasukan bomba selamatkan kucing terperangkap terperangkap dalam ruang enjin kereta di kawasan Universiti Curtin, Senadin di Miri petang tadi. Foto BBP Lutong

Kejadian berlaku sekitar 3.00 petang apabila pemilik kereta menyedari haiwan tersebut tidak dapat keluar dari bahagian hadapan kenderaan lalu menghubungi bomba untuk bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sejurus menerina panggilan kecemasan tersebut.

TERPERANGKAP… Pasukan bomba selamatkan kucing terperangkap terperangkap dalam ruang enjin kereta di kawasan Universiti Curtin, Senadin di Miri petang tadi. Foto BBP Lutong

“Pasukan bomba  mendapati kucing berkenaan tersepit di celah ruang enjin sebelum anggota bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkannya.

“Pasukan mengambil beberapa minit untuk mengakses ruang sempit itu dan kucing berjaya dikeluarkan tanpa kecederaan,” katanya.

Operasi ditamatkan 3.28 petang.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor musnahkan sarang serangga berbisa di Jalan Narasit
Next: Warga SK Abang Amin sertai program kesedaran kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.