Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Kucing Putih’ berbaju Melayu
  • TEMPATAN

‘Kucing Putih’ berbaju Melayu

Utusan Sarawak 2 months ago
CURI TUMPUAN… Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian dan yang lain menekan butang bagi simbolik pelancaran kostum baharu ‘Kucing Putih’ di Jalan Padungan, Kuching semalam. -Foto UKAS

KUCHING: Patung ikonik ‘Kucing Putih’ di Jalan Padungan tampil dengan penampilan baharu sempena sambutan Aidilfitri 2025 apabila dipakaikan Baju Melayu.

Majlis penyalaan lampu dan pelancaran kostum baharu itu disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, semalam.

Beliau berkata, penukaran kostum dan hiasan patung kucing itu mengikut musim perayaan sepanjang tahun mencerminkan semangat perpaduan antara pelbagai kaum di Kuching, bersesuaian dengan gelaran bandar raya ini sebagai Bandaraya Perpaduan.

“Inisiatif ini membuktikan Kuching benar-benar menjelmakan nilai keharmonian, perpaduan, dan saling menghormati. Tiada ruang untuk fahaman ekstrem, perpecahan, mahupun polarisasi di Sarawak,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) atas usaha tersebut, termasuk penggunaan bahan kitar semula dalam sebahagian dekorasi, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menambah bahawa rakyat Sarawak bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab sosial, malah benar-benar mengamalkan semangat perpaduan dalam kehidupan harian.

“Era transformasi untuk membangunkan rakyat Sarawak telah bermula, dan tindakan harus dilaksanakan dari sekarang walaupun matlamat kita disasarkan untuk dicapai menjelang 2030,” ujarnya.

-UKAS

Continue Reading

Previous: Himpun bakat muda tenis terbaik rantau Asia, Oceania
Next: Bantuan khas pelajar IPT Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.