Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching unggul hari pertama, raih 7 emas di Olimpik Khas Sarawak
  • SUKAN

Kuching unggul hari pertama, raih 7 emas di Olimpik Khas Sarawak

Utusan Sarawak 1 week ago
RAKAMAN gambar kenangan pemenang bagi Sukan Trek Dan Padang semasa Olimpik Khas Sarawak 2025 di Stadium Negeri Sarawak, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Pasukan Kuching mendominasi hari pertama temasya Olimpik Khas Sarawak 2025 bagi acara trek dan padang apabila berjaya menggondol tujuh pingat emas dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, hari ini.

Menurut pembantu jurulatih pasukan Sarawak bagi acara tersebut, Nur Sofia Nabila Rozlan, kejayaan ini amat membanggakan walaupun pasukan tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, sebaliknya lebih menumpukan kepada memberi pendedahan dan pengalaman kepada atlet, khususnya mereka yang pertama kali bertanding.

“Dalam Olimpik Khas 2025 ini, kami tidak menekankan soal menang atau kalah. Fokus utama adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet baharu, di mana 50 peratus daripada pasukan terdiri daripada peserta yang pertama kali menyertai pertandingan seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

“Pengalaman sebegini sangat penting, terutamanya untuk atlet kelainan upaya yang masih baru dan belum biasa dengan suasana pertandingan,” tambahnya.

Pasukan Kuching mempertaruhkan seramai 19 atlet bagi sukan trek dan padang, dengan penyertaan dalam kesemua 24 acara yang dipertandingkan.

Daripada 21 acara yang telah berlangsung setakat ini, pasukan Kuching mencatatkan keputusan cemerlang dengan meraih kemenangan dalam beberapa acara utama.

Muhammad Syazwan Saufi menjuarai acara 50 meter bagi kategori lelaki Sindrom Down Divisyen 1, manakala Moses Wong Tung Chai pula memenangi acara 50 meter bagi kategori sama dalam Divisyen 1 Terbuka.

Helwinie Audrey Edwin berjaya dalam acara lompat jauh berdiri bagi kategori campuran Sindrom Down Divisyen 1 manakala Moses Wong Tung Chai turut meraih emas dalam Divisyen 4, serta Alya Fitri Aziz pula memenangi bagi Divisyen 3 Terbuka.

Seterusnya, Ahmad Aliff Hazeeq menyumbang satu lagi kemenangan untuk Kuching melalui acara lompat jauh berdiri kategori lelaki intelektual Divisyen 2.

Kejayaan Kuching diteruskan oleh Mohamad Zunaidi Amran yang memenangi acara lontar peluru kategori lelaki intelektual Divisyen 3.

Sementara itu, pasukan dari Samarahan dan Sibu turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan masing-masing meraih lima pingat emas.

Pasukan Miri pula berjaya membawa pulang satu emas setakat ini.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Harresh, Hii Win Nie juara 10KM Bintulu Cops Run 2025
Next: Penyertaan memberangsang cerminkan perkembangan pesat sukan Muay Thai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.