Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kuching tonjol perjalanan gastronomi di sesi Bandar Kreatif UNESCO Wuhan
  • SEMASA

Kuching tonjol perjalanan gastronomi di sesi Bandar Kreatif UNESCO Wuhan

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika membentangkan perjalanan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO sempena Forum Antarabangsa Pembangunan Bandar Mampan Berpandukan Budaya dan Kreativiti 2025 di Wuhan, China.

WUHAN: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, dengan penuh bangga berkongsi perjalanan Kuching sebagai bandar kreatif gastronomi UNESCO pertama di Malaysia pada sesi bandar kreatif sempena Forum Antarabangsa Pembangunan Bandar Mampan Berpandukan Budaya dan Kreativiti 2025 di Wuhan, China.

Sesi berkenaan yang berlangsung di D+M Creative Haus by AG menghimpunkan 11 bandar kreatif UNESCO dari China iaitu Beijing, Changsha, Chongqing, Hangzhou, Jingdezhen, Macao, Nanjing, Qingdao, Suzhou, Weifang dan Wuhan.

Dalam pembentangannya, Wee menekankan pencapaian Kuching sejak diiktiraf sebagai bandar kreatif gastronomi UNESCO pada 2021, termasuk bagaimana gastronomi dijadikan pemacu kreativiti, kelestarian dan kebanggaan komuniti. Beliau turut mengetengahkan inisiatif seperti festival makanan, pertukaran chef, bengkel komuniti dan kempen digital yang berjaya melonjakkan profil Kuching sebagai hab gastronomi global.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika membentangkan perjalanan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO sempena Forum Antarabangsa Pembangunan Bandar Mampan Berpandukan Budaya dan Kreativiti 2025 di Wuhan, China.

Wee turut mengumumkan hasrat Kuching untuk membida penganjuran persidangan kluster gastronomi UNESCO pada 2026, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan bandar itu sebagai peneraju dalam rangkaian gastronomi dunia.

“Menjadi bandar kreatif gastronomi UNESCO bukan sekadar satu gelaran, tetapi sebuah kisah yang kita tulis bersama – satu festival, satu pertukaran chef, dan semangkuk Mi Kolok pada satu masa. Hari ini saya boleh berbangga bahawa Kuching menjadi sebutan ramai, sebuah bandar di mana budaya dihidangkan di atas pinggan,” katanya.

 KENANGAN… Dato Wee Hong Seng bergambar bersama tetamu kehormat yang lain.

Pembentangan itu sekali lagi mengukuhkan peranan Kuching sebagai hab budaya dan kreativiti yang semakin berkembang, selain menyumbang kepada visi global UNESCO dalam pembangunan bandar mampan berasaskan budaya serta kerjasama antarabangsa. Turut hadir, wakil dari Itali, Qatar, Slovenia, Mesir serta Indonesia. Moderator sesi ini ialah setiausaha rangkaian bandar kreatif UNESCO, Denise Bax bersama pegawai projek sekretariat rangkaian bandar kreatif UNESCO, Qianbo Ni.

Continue Reading

Previous: AirBorneo: Pintu masih terbuka jika Sabah mahu beli ekuiti – Abang Johari
Next: Sarawak peruntuk RM10 bilion laksana sistem perpaipan, loji rawatan air – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.