Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kuching terima pengiktirafan antarabangsa Anugerah Wilayah ANGELS
  • SEMASA

Kuching terima pengiktirafan antarabangsa Anugerah Wilayah ANGELS

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (kiri) dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (kanan) memegang Anugerah Wilayah ANGELS yang diterima Kuching atas kecemerlangan dalam penjagaan strok. Foto Adele Rissa

KUCHING: Bandar raya Kuching terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bandar yang memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan apabila menerima pengiktirafan antarabangsa Anugerah Wilayah ANGELS bagi kecemerlangan dalam pengurusan dan rawatan strok.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkata pengiktirafan tersebut mencerminkan pendekatan tersusun dan bersepadu yang diamalkan daerah ini dalam meningkatkan kesedaran awam, tindak balas kecemasan yang pantas serta pematuhan piawaian antarabangsa di hospital-hospital tempatan.

Menurut beliau, kejayaan itu membuktikan usaha berterusan semua pihak dalam memastikan rawatan strok dilaksanakan secara berkesan demi menyelamatkan nyawa.

“Pengiktirafan ini adalah milik semua pihak yang terlibat. Ia terhasil daripada komitmen tinggi para profesional kesihatan, pasukan hospital, petugas kecemasan, pentadbir serta rakan strategik yang bekerja tanpa mengenal penat lelah, sering kali tanpa mengharapkan pujian, demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menerima Anugerah Wilayah ANGELS yang diterima Kuching atas kecemerlangan dalam penjagaan strok. Foto Adele Rissa

Beliau berkata demikian dalam sebuah kenyataan, selepas menghadiri Majlis Penghargaan Hospital Umum Sarawak 2025, yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, semalam. 

Dato Wee turut merakamkan penghargaan kepada Inisiatif ANGELS, Kementerian Kesihatan (KKM), Hospital Umum Sarawak, semua hospital tempatan serta barisan hadapan kesihatan yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan tersebut.

“Dedikasi, profesionalisme dan sifat prihatin para petugas kesihatan menjadi faktor utama yang memungkinkan Daerah Kuching menerima pengiktirafan berprestij ini,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun pencapaian itu membanggakan, ia juga menjadi peringatan tentang tanggungjawab berterusan untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan di bandar raya ini.

“Kuching akan terus mempererat kerjasama, melabur dalam sistem kesihatan yang lebih baik dan menyokong inisiatif yang melindungi nyawa. Dalam rawatan strok, setiap minit amat berharga dan setiap nyawa adalah penting,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SARA untuk semua: Kapasiti capaian jalur lebar MyKasih dipertingkat, pastikan operasi lancar esok
Next: Kontraktor kecil Bumiputera terima peruntukan RM200 juta selenggara Jalan Persekutuan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.