Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching perkukuh peranan hab sukan ekstrem serantau menerusi X-Games DBKU 2026
  • SUKAN

Kuching perkukuh peranan hab sukan ekstrem serantau menerusi X-Games DBKU 2026

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) dan Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman (kiri) bersama penganjur X-Games Antarabangsa 2026 selepas sidang media di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya. Foto Adele Rissa

PETRA JAYA: Kuching terus meneguhkan reputasinya sebagai pusat sukan ekstrem di rantau ini menerusi penganjuran DBKU X-Games Antarabangsa 2026 yang dijadual berlangsung di Tebingan Kuching dari 8 hingga 12 April ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkembangan sukan ekstrem kini semakin pesat dan mendapat sambutan meluas termasuk dalam kalangan belia di Sarawak.

Menurut beliau, disiplin seperti berbasikal BMX, papan luncur dan luncur roda (rollerblading) menunjukkan peningkatan ketara dari segi penyertaan serta minat, sejajar dengan trend global.

“Penganjuran kali ini turut menampilkan kelainan apabila kita memperluaskan acara bukan sahaja di darat, tetapi juga melibatkan sukan air seperti perlumbaan jet ski.

“Ini secara tidak langsung menambah nilai kepada festival serta menarik lebih ramai penyertaan dan pengunjung,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur II, di sini hari ini.

Acara anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta Kumpulan Canard itu turut dijalankan bersama Festival Sukan Bandar Pro Canroll, sekali gus memperlihatkan kesepaduan pelbagai pihak dalam memperkasa penganjuran sukan ekstrem di negeri ini.

MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) dan Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman (tiga kiri) bersama penganjur X-Games Antarabangsa 2026 selepas sidang media di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya. Foto Adele Rissa

Beliau menjelaskan, seramai lebih 200 atlet dari dalam dan luar negara dijangka mengambil bahagian, sekali gus menjadikan Kuching sebagai tumpuan utama bagi aksi sukan ekstrem yang mencabar dan berintensiti tinggi.

Antara negara yang dijangka menyertai termasuk Perancis, Afrika Selatan, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Kejohanan tersebut mempertandingkan kategori Junior bawah 15 tahun dan Terbuka dengan pelbagai acara seperti luncar roda agresif, BMX flatland, aksi BMX, papan luncur, sukan air jet ski, bola keranjang jalanan serta pickleball yang diperkenalkan bagi memperluas penyertaan.

Abdul Karim berkata, penganjuran ini turut membuka peluang kepada atlet tempatan untuk menyerlahkan bakat di peringkat antarabangsa serta menimba pengalaman berharga bersama peserta luar negara.

MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media DBKU X-Games Antarabangsa 2026 di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya. Foto Adele Rissa

“Selain menjadi platform pertandingan, acara ini juga berperanan sebagai medium promosi Sarawak sebagai destinasi sukan ekstrem,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai khususnya belia turut berpeluang menyertai bengkel papan luncur dan luncar roda yang dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada kemahiran asas serta aspek keselamatan dalam sukan berkenaan.

Dalam pada itu, DBKU yakin penganjuran acara ini mampu menyemarakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh imej Kuching sebagai bandar raya progresif dan mesra belia di peringkat antarabangsa.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Maksu B Maludam rangkul kejuaraan Piala Aidilfitri 2026
Next: Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam pada kelayakan Piala Asia 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.