Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kuching juara keseluruhan MPISS 2025
  • PENDIDIKAN

Kuching juara keseluruhan MPISS 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
MPISS telah menghimpunkan seramai 586 peserta terbaik dari 12 kontinjen bahagian seluruh Sarawak. -Foto PPD Sri Aman

SIMANGGANG: Mahrajan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah (MPISS) Peringkat Sarawak anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari di Bandar Simanggang.

Program ini menghimpunkan seramai 586 peserta terbaik mewakili 12 kontinjen dari seluruh bahagian di Sarawak.

Sebanyak lapan acara telah dipertandingkan iaitu Tilawah, Hafazan, Daie Cilik, Mimbar Daie, Kalam Arabiy, Kalam Jamaie, Khat dan Nasyid.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Hossen Marip, manakala kehadiran Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak, Hamdan Jar’ee turut menyerikan majlis yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Penjurian pertandingan melibatkan 52 orang hakim terdiri daripada pakar-pakar JAKIM, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), guru-guru berpengalaman serta pesara yang berautoriti dalam bidang masing-masing merupakan satu bentuk kolaborasi mantap yang memastikan integriti dan kualiti pertandingan terpelihara.

MPISS terus menjadi wadah menyemai adab, ilmu dan nilai murni dalam kalangan pelajar, seiring usaha membentuk generasi rabbani ke arah aspirasi Malaysia Madani.

Untuk rekod, Kontinjen Bahagian Kuching muncul juara keseluruhan bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah, sekali gus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan MPISS 2025.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: NTW 2025, 98 peluang kursus percuma semua peringkat umur di Unimas
Next: Program latihan EV galak belia Sarawak kuasai kemahiran masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.