Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kuching Jazz Festival esok dan Sabtu dijangka tarik 2,000 pengunjung
  • HIBURAN

Kuching Jazz Festival esok dan Sabtu dijangka tarik 2,000 pengunjung

Utusan Sarawak 7 months ago

Tan Sri Abdul Aziz Husain pada sidang media. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Festival muzik yang dinanti-nantikan saban tahun, Kuching Jazz Festival bakal diadakan di Tebingan Kuching mulai esok hingga Sabtu ini.

Festival itu bakal dimeriahkan dengan penampilan artis terkemuka seperti Zee Avi, Rizky Febian, Parade Hujan, Swaiv, Suhu dan Sang Timur.

Selain itu, antara Kumpulan pemuzik tempatan lain yang terlibat termasuk Motif Mellow, Aruel & Fasola, Fazz, Atilia Haron dan Improviser.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata pihaknya menyasarkan kedatangan 2,000 pengunjung ke festival yang diadakan selama dua hari itu.

”Setakat ini, kita mendapat maklum balas yang sangat memberansangkan dengan penjualan tiket sudah mencecah 1,500 terjual.

”Pada tahun ini, kita menjangkakan sambutan yang lebih menggalakkan daripada pengunjung termasuk dari Semenanjung Malaysia dan juga pengunjung antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau yakin festival itu juga dapat menjadi wadah bagi memperkukuh hubungan antara negara jiran melalui bahasa universal muzik.

“Sudah semestinya kita merancang untuk menjemput lebih ramai artis dari negara lain pada penganjuran yang akan datang.

”Menerusi festival ini, kita menyasarkan untuk mempromosikan pelancongan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Brunei, Thailand dan Indonesia,” katanya.

Tiket pra-jualan boleh dibeli dengan harga serendah RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak hingga hari ini (3 Oktober) manakala bagi yang terlepas, tiket juga boleh dibeli semasa festival.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.kuchingjazz.my.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Govinda janji persembahan penuh kejutan
Next: ‘Sarawak dekat di hati saya’ – Aina Abdul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.