Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kuching jadi tuan rumah Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025
  • SEMASA

Kuching jadi tuan rumah Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
UNTUK ALBUM… Dato Sri Stephen Rundi Utom bersama barisan penganjur bergambar selepas sidang media Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Buat julung kalinya, Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari 6 hingga 10 Oktober depan.

Bertemakan ‘Ayam Sihat Mampan untuk Dunia yang Lebih Sihat’, kongres berprestij itu dijangka menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari hampir 50 negara, termasuk 19 pakar ternama antarabangsa, bagi membincangkan isu global industri ayam seperti kawalan penyakit, keselamatan makanan, kelestarian dan kebajikan haiwan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata kejayaan Kuching menewaskan bidaan negara-negara lain termasuk China menempatkan Sarawak sebagai destinasi antarabangsa untuk pembangunan industri makanan.

“Kongres ini bukan sahaja berkisar tentang ayam, tetapi platform penting untuk berkongsi semangat, idea dan hala tuju kita dalam memperkukuh keselamatan makanan, seiring Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Ia sebahagian daripada usaha memastikan rakyat kita mempunyai bekalan makanan yang selamat, berkualiti dan berdaya tahan,” katanya pada sidang media Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

JELASKAN… Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika sidang media Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Menurut beliau, defisit import makanan negara yang meningkat kepada RM7.2 bilion pada 2024 adalah cabaran besar yang mesti ditangani melalui teknologi moden.

Antara inisiatif sedang diteroka katanya, ialah penggunaan sumber biojisim bagi menghasilkan makanan ternakan alternatif serta memperkukuh rantaian nilai pertanian sehingga ke peringkat hiliran.

Beliau berkata, penganjuran kongres ini juga selaras dengan usaha Sarawak menubuhkan Sekolah Perubatan Veterinar di Bintulu melalui kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM), sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang tersebut.

JELASKAN… Dr Abdul Rahman Omar ketika sidang media Kongres Persatuan Ayam Veterinar Sedunia 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Dr Abdul Rahman Omar, menjelaskan bahawa perancangan dan bidaan bagi kongres ini bermula sejak 2018 dan ia amat signifikan kerana industri ayam kekal sebagai penyumbang utama sumber protein negara.

“Malaysia bukan sahaja mampu memenuhi keperluan sendiri dalam daging dan telur ayam, malah turut mengeksport ke negara lain. Namun, industri ini berdepan ancaman penyakit berjangkit, kenaikan kos makanan, perubahan iklim dan perubahan citarasa pengguna. 

“Kongres ini penting untuk mencari jalan menghadapi cabaran tersebut, selain menarik doktor veterinar muda dan penyelidik menyertai industri,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Acara Perniagaan Sarawak (BESarawak) Amelia Roziman, dalam kenyataan berkata penganjuran kongres berimpak tinggi itu sejajar dengan misi Sarawak menjadikan acara perniagaan sebagai pemacu legasi kepada masyarakat dan generasi akan datang.

Kongres ini dianjurkan oleh Persatuan Ayam Veterinar Sedunia Malaysia dengan sokongan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, UPM, BESarawak serta Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di laman rasmi kongres www.wvpac2025.com.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak CSO-SDG Alliance perkukuh usaha pembangunan mampan melalui pengukuran impak
Next: Sarawak sasar tingkat kapasiti pengeluaran hidrogen melalui teknologi Siemens Energy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.