Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kuching diangkat sebagai bandar bertaraf global
  • TEMPATAN

Kuching diangkat sebagai bandar bertaraf global

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Dr. Sim Kui Hian menyempurnakan simbolik perasmian Festival Kuching 2025.

KUCHING: Bandar raya Kuching bukan lagi sekadar sebuah bandar, tetapi telah muncul sebagai sebuah bandar bertaraf antarabangsa yang mencerminkan perpaduan, budaya, kreativiti dan semangat keusahawanan rakyat Sarawak. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata bahawa bandar raya Kuching bukan lagi hutan di Borneo dan kini telah menjadi sebuah bandar antarabangsa.

“Bandar ini mempunyai infrastruktur bertaraf dunia, rakyat yang bersatu, dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kepada pembinaan negara,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Festival Kuching 2025 semalam. 

DATUK Amar Dr. Sim Kui Hian, berucap pada majlis perasmian Festival Kuching 2025 semalam.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menekankan kejayaan Kuching sebagai Bandar Gastronomi UNESCO serta bandar mesra kanak-kanak di bawah UNICEF, membuktikan bahawa nilai yang dipegang oleh rakyat selaras dengan piawaian global.

“Festival Kuching tahun ini sekali lagi menjadi simbol semangat Sarawak, memperlihatkan bagaimana pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Dayak dan lain-lain dapat duduk bersebelahan dalam suasana muhibah, saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain.

“Kita tidak seperti di tempat lain yang penuh dengan perpecahan dan politik melampau. Di Sarawak, kita makan bersama, berniaga bersama, dan membina masa depan bersama,” tambah beliau.

Katanya, festival ini juga menjadi platform kepada golongan muda dan profesional untuk meneroka bidang keusahawanan kreatif. 

Beliau berkongsi bahawa ramai peserta gerai makanan terdiri daripada arkitek, peguam, dan pelajar yang ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam suasana sebenar pasaran.

Selain itu, beliau menggesa semua rakyat agar tidak melihat bandar ini sebagai milik kerajaan semata-mata, tetapi sebagai rumah bersama yang perlu dipertahankan dan dimajukan bersama.

“Kuching ialah bandar saya, apa yang saya boleh sumbangkan. Kuching ialah bandar anda, apa yang anda boleh sumbangkan. Kuching ialah bandar kita, apa yang kita boleh bina bersama,” tegas beliau mengakhiri ucapannya.

Festival Kuching 2025 berlangsung sepanjang Ogos dengan pelbagai aktiviti berteraskan budaya, seni, makanan dan sukan yang terbuka kepada seluruh rakyat serta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dato Wee Hong Seng terima gelaran Duta Gastronomi Global Quanzhou
Next: RMK13 beri fokus pembangunan menyeluruh infrastruktur Sarawak- Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.