Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City FC lonjak ke tangga kedua Liga Super
  • SUKAN

Kuching City FC lonjak ke tangga kedua Liga Super

Utusan Sarawak 2 hours ago
SUKAN... Kuching City FC (KCFC) meneruskan rentak cemerlang di laman sendiri apabila sekali lagi melakar kemenangan penting selepas berjaya ‘menjinakkan’ Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kuching City FC (KCFC) meneruskan rentak cemerlang di laman sendiri apabila sekali lagi melakar kemenangan penting selepas berjaya ‘menjinakkan’ Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, malam ini.

Jaringan awal penyerang yang semakin menempa nama dalam kesebelasan utama KCFC, Gabriel Nistelrooy, pada minit ke-11 menjadi pemangkin kebangkitan The City Boys apabila beliau pantas mengambil kesempatan atas kesilapan pertahanan lawan, Muhammad Amirul Adli, sebelum merembat masuk bola ke gawang pelawat.

Gol tersebut meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama, sekali gus meningkatkan keyakinan anak buah Aidil Sharin Sahak yang terus menguasai tempo permainan dengan aksi menyerang yang banyak menggugat pertahanan lawan.

Meskipun tampil dengan formasi menyerang 3-5-2 pada awal permainan, benteng pertahanan KCFC kekal cemerlang dan berdisiplin apabila berjaya menidakkan sebarang cubaan berbahaya sekali gus mengekang kebangkitan pasukan pelawat.

Kelebihan jelas memihak kepada KCFC apabila beberapa percubaan berbahaya dicipta, termasuk rembatan kencang pemain pertahanan import, Yuki Tanigawa pada minit ke-15 yang hanya sedikit tersasar, selain larian solo serta lorongan menarik oleh Petrus Shitembi yang gagal disudahkan Ronald Ngah Wanja pada minit ke-25.

Yuki sekali lagi hampir menceriakan penyokong tuan rumah menerusi satu lagi percubaan jarak jauh, namun nasib masih tidak menyebelahi beliau apabila bola gagal menepati sasaran.

Memasuki babak kedua, KCFC terus melancarkan asakan bertali arus ke kubu NSFC dengan percubaan tepat Muhammad Ramadhan seawal minit ke-46 memaksa penjaga gol pelawat, Muhammad Azri Abdul Ghani, bekerja keras menafikan jaringan.

Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-66 apabila hantaran Ramadhan ke dalam kotak penalti gagal dikawal kemas oleh dua pertahanan NSFC, sekali gus membuka ruang kepada ‘Pak Ngah’ untuk meledak gold kedua KCFC.

Kemenangan tersebut melonjakkan KCFC ke kedudukan kedua Liga Super, naik dua anak tangga daripada tempat keempat sebelum ini, mengukuhkan status mereka sebagai pencabar serius musim ini.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pengalaman bantu Jin Wei mara ke akhir Masters Thailand
Next: Premier Sarawak saksikan aksi Kuching City FC VS Negeri Sembilan FC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.