Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City kian hampir bergelar naib juara selepas tumpaskan Melaka
  • SUKAN

Kuching City kian hampir bergelar naib juara selepas tumpaskan Melaka

Utusan Sarawak 6 hours ago
AIDIL Sharin Sahak. Foto Facebook Kuching City FC

MELAKA: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak memuji semangat juang anak buahnya selepas skuad The Cats mencatat kemenangan penting 3-1 ke atas Melaka FC dalam aksi Liga Super malam tadi, sekali gus melonjakkan pasukan itu ke tangga kedua liga.

Aidil berkata pemainnya mempamerkan semangat tinggi dan tenang sepanjang perlawanan, dan penyerang Jerome Etame mencuri tumpuan selepas melakukan hatrik pertamanya bersama kelab itu.

“Pemain beraksi  amat baik seperti perancangan dan turun dengan semangat untuk menang. Kami juga gembira Etame berjaya menghasilkan hatrik pertamanya dan berharap beliau dapat mengekalkan momentum,” katanya selepas perlawanan.

Hatrik pemain import dari Cameroon itu pada minit ke-40, 71 dan 87 membantu Kuching City FC meraih kemenangan 3-1, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga kepada pasukannya.

Gol tunggal Melaka FC dijaringkan oleh Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan pada minit ke-47.

Bekas pemain antarabangsa Singapura itu menyifatkan pencapaian kelab musim ini sebagai sesuatu yang luar biasa memandangkan ramai dalam pasukan itu belum pernah beraksi pada tahap setinggi itu sebelum ini.

“Bukan mudah untuk kelab kecil seperti kami berada dalam situasi ini. Ada pemain yang mempunyai pengalaman, tetapi kebanyakannya tidak, termasuk pihak pengurusan. Namun, ini menunjukkan semua orang dahagakan kejayaan dan mahu mencipta satu lagi sejarah buat Kuching City,” katanya.

Walaupun sudah mara ke separuh akhir Piala FA dan final Piala Nasional, Aidil berkata pasukan itu bertekad untuk menamatkan saingan liga dengan cemerlang.

“Apa sahaja yang berlaku dalam perlawanan terakhir nanti, saya tetap bangga dengan pencapaian musim ini. Kami mara ke separuh akhir Piala FA, final Piala Malaysia dan kini bersaing untuk tempat kedua Liga Super.

Aidil turut menggesa penyokong hadir memberikan sokongan pada aksi terakhir pasukan bagi musim ini.

Dengan satu lagi perlawanan berbaki, Kuching City kini berada di tangga kedua dengan 50 mata selepas 23 perlawanan, hanya satu mata di hadapan Selangor FC yang berada di tempat ketiga.

Kuching City dijadual menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC dalam aksi terakhir liga di Stadium Negeri pada 17 Mei, manakala Selangor akan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Renang berirama digugur daripada Sukma 2026 – Exco Selangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.