Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City FC terus jadi saingan utama, KL City FC kejar naib juara Liga Super
  • SUKAN

Kuching City FC terus jadi saingan utama, KL City FC kejar naib juara Liga Super

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN Kuching City FC Petrus Shitembi meraikan gol bersama rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kedua untuk Kuching City FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2026 di Stadium Negeri, malam ini. Foto fail BERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC Risto Vidakovic optimis pasukannya masih berpeluang untuk menamatkan saingan Liga Super sebagai naib juara dengan tumpuan kini terarah kepada baki empat perlawanan untuk mengutip mata maksimum. 

Beliau mengakui cabaran tersebut tidak mudah kerana Kuching City FC mempunyai sedikit kelebihan dengan satu perlawanan sudah dalam tangan dan mendahului satu mata, namun menegaskan keazaman pasukannya untuk terus berjuang hingga ke penghujung musim.

“Peluang masih ada walaupun ia sangat rumit. Kita tahu ia akan menjadi sangat sukar kerana Kuching mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan berada satu mata di hadapan kami. 

“Bagaimanapun, kita akan terus mencuba dan berjuang. Kita akan hadapi setiap perlawanan hingga selesai musim dengan komitmen serta matlamat untuk mendapatkan mata semaksimum mungkin,” katanya pada sidang media di sini malam tadi. 

Justeru, beliau berkata perlawanan seterusnya menentang Kelantan The Real Warriors (TRW) FC sangat penting dan setiap pemain perlu mempamerkan prestasi terbaik.

Ketika ini, Kuching City FC berada di tempat ketiga dengan 40 mata dan diikuti rapat oleh KL City FC di tangga ke empat dengan 39 mata. 

Dalam pada itu, Vidakovic mengakui pasukannya terpaksa akur dengan kekalahan 4-1 di tangan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia malam tadi. 

Beliau berkata sememangnya tidak mudah bagi pasukan untuk bangkit selepas turut tewas dalam aksi separuh akhir pertama, sambil menambah bahawa pemain kini perlu segera pulih daripada kekalahan dan kembali fokus kepada saingan liga. 

Sementara itu, ketua jurulatih JDT Xisco Munoz berkata pasukannya berjaya mengekalkan prestasi konsisten walaupun berdepan jadual perlawanan yang padat. 

Beliau berkata fokus pasukannya kini terarah kepada perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC pada Sabtu ini.

Selain itu, Munoz berkata aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang sama ada Al-Ahli Saudi FC atau Al-Duhail SC akan berlangsung di Jeddah bermula 16 April ini. 

“Kita ada banyak perlawanan dalam tempoh yang singkat ini. Kita perlu segera pulih dan membuat persiapan rapi bagi setiap perlawanan. Adalah penting untuk kita kekal fokus,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kelab Bola Tampar Meradong pupuk gaya hidup sihat belia
Next: Malaysia dijangka tuan rumah Sukan SEA pertama guna pakai Kod Anti-Doping Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.