Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City FC sasar keudukan lima teratas liga musim hadapan
  • SUKAN

Kuching City FC sasar keudukan lima teratas liga musim hadapan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGERUSI KCFC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman semasa sesi memotong riben sebagai simbolik perasmian Pusat Konvensyen Metrocity (MCCC). Foto UKAS

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) menyasarkan untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik liga bagi musim hadapan, kata Pengerusi KCFC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurut beliau, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perkembangan positif kelab dan pendekatan pembangunan berperingkat yang diterapkan dalam pengurusan pasukan.

“Sasaran kami adalah untuk berada dalam lima kedudukan teratas musim depan. 

“Dalam masa yang sama, saya juga menyimpan impian untuk menjuarai salah satu piala utama seperti Piala FA atau Piala Malaysia. Itu mimpi kami dan kami berharap ia menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pra Perasmian Pusat Konvensyen Metrocity (MCCC) di sini, hari ini.

Mengulas hala tuju kelab, Fazzrudin yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak menegaskan bahawa kejayaan KCFC diasaskan atas prinsip ketelusan dan akauntabiliti sejak awal penubuhannya.

“Sejak hari pertama, saya tekankan dua perkara paling penting iaitu ketelusan dan akauntabiliti. 

“Berdasarkan prinsip ini, kami membentuk struktur pengurusan yang jelas menerusi Unit Pengurusan Pasukan, dengan setiap individu diberi tanggungjawab untuk melaksanakan peranan masing-masing secara berkesan,” ujarnya.

Tambahnya, kejayaan kelab bukan hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya lahir daripada kekuatan pasukan secara menyeluruh.

“Saya tidak mampu melakukannya seorang diri. Apabila seseorang itu diletakkan pada tempat yang sesuai, mereka akan menyerlah. Apabila mereka menyerlah, kelab juga akan cemerlang. Itulah resipi kejayaan kami,” katanya.

Fazzrudin turut menjelaskan bahawa hala tuju kelab akan terus bergerak secara berfasa melalui proses selangkah demi selangkah yang menekankan pembelajaran daripada kesilapan lalu.

Penambahbaikan berterusan serta keterbukaan dalam meneroka perkara baharu dan pendekatan ini akan diteruskan untuk musim-musim akan datang.

Oleh Amanda L.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tze Yong akan jalani permbedahan lutut akibat kecederaan ACL
Next: Liverpool mahu kekal Diaz, tolak lamaran Barcelona – laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.