Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City bangkit benam DPMM FC 7-1
  • SUKAN

Kuching City bangkit benam DPMM FC 7-1

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYERANG sensasi Kuching City FC (KCFC), Wanja Ronald Ngah atau ‘Pak Ngah’ muncul wira pasukannya selepas meledak hatrik pertama beliau dalam saingan Piala FA 2025, sekali gus membantu The City Boys mencipta kebangkitan menewaskan DPMM FC dengan keputusan 7-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Penyerang sensasi Kuching City FC (KCFC), Wanja Ronald Ngah atau ‘Pak Ngah’ muncul wira pasukannya selepas meledak hatrik pertama beliau dalam saingan Piala FA 2025, sekali gus membantu The City Boys mencipta kebangkitan menewaskan DPMM FC dengan keputusan 7-1 di Stadium Negeri di sini.

Kemenangan bergaya memastikan KCFC mara ke peringkat seterusnya dengan agregat 9-4.

KCFC yang ketinggalan 2-3 pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Hassanal Bolkiah bulan lalu, tampil dengan semangat baharu di hadapan penyokong sendiri apabila hanya memerlukan seminit untuk membuka tirai jaringan menerusi sentuhan Wanja.

Gol kedua hadir pada minit ke-12 selepas hantaran lintang Muhammad Ramadhan disempurnakan dengan tandukan kemas Daniel Asri.

Malang buat DPMM FC apabila pemain pertahanan import mereka, Jordan De Paula Rodrigues dilayangkan kad merah seawal minit ke-20 selepas mengasari kapten KCFC, James Onyekachukwu.

Wanja sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol ketiga pasukan pada minit ke-45, sebelum melengkapkan hatrik peribadi hanya tujuh minit selepas babak kedua bersambung hasil hantaran Daniel Asri.

DPMM FC cuba bangkit menerusi jaringan Muhammad Ramadhan Sananta pada minit ke-57, namun seminit kemudian giliran Ramadhan menambah gol kelima buat tuan rumah.

Momentum terus memihak kepada KCFC apabila Daniel Asri menanduk masuk gol keenam hasil gerakan bersama Danial Amier dan Yuki Tanigawa diikuti jaringan pemain gantian, Joao Pedro, yang menutup pesta gol pada masa kecederaan. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pasukan Trassmerah Kabong juara Tarik Tali Berkasut di Sibu
Next: Penalti Salah pastikan kemenangan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.