Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kubur besar dengan 32 mayat ditemukan di Mexico
  • GLOBAL

Kubur besar dengan 32 mayat ditemukan di Mexico

Utusan Sarawak 1 day ago
PANDANGAN udara yang mana 32 mayat ditemui dalam kubur rahsia di komuniti La Calera dalam perbandaran Irapuato, Negeri Guanajuato, Mexico, pada 4 Ogos 2025 lalu. Anggota badan manusia yang ditemui minggu lalu di sebuah rumah terbiar di negeri Guanajuato yang dilanda keganasan di Mexico disahkan milik 32 individu, menurut pejabat pendakwa raya wilayah Isnin lalu. Foto AFP

BUENOS AIRES: Pasukan penyiasat telah menemui 32 mayat dalam sebuah kubur besar di tengah Mexico, dengan 15 daripadanya telah dikenal pasti, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Selasa memetik Pejabat Pendakwa Raya Negeri Guanajuato.

Akhbar Milenio melaporkan bahawa ini merupakan penemuan mayat terbesar di Guanajuato dalam tempoh lima tahun.

Mayat-mayat itu ditemukan di sebuah kawasan di perkampungan La Calera berhampiran bandar Irapuato. Bagaimanapun, punca dan butiran lanjut mengenai penemuan itu masih belum jelas.

Negeri Guanajuato, yang terletak kira-kira 350 kilometer di barat laut ibu negara Mexico City, dahulunya dianggap sebagai pusat perindustrian yang selamat, namun kini menjadi antara negeri paling berbahaya di Mexico susulan keganasan kartel dadah.

Menurut angka rasmi, lebih 124,000 orang dilaporkan hilang di seluruh Mexico. Kebanyakan mereka dipercayai diculik dan dibunuh oleh sindiket jenayah.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Empat maut, berpuluh-puluh hilang akibat tanah runtuh di utara India
Next: Pilihan raya umum Bangladesh ditetapkan Februari – Yunus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.