Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Kubu Emma kini berwajah baharu
  • STAIL

Kubu Emma kini berwajah baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
KINI BERWAJAH BAHARU…Kubu Emma di Kanowit kini berwajah baharu selepas dinaik taraf dengan kos RM5 juta

DIDIRIKAN di atas bukit serta berhampiran Sungai Rajang, Kubu Emma yang terletak di Kanowit dan kini telah berusia lebih 160 tahun menyimpan pelbagai sejarah.

Kubu ini merupakan antara lima kubu yang dibina pada era kolonial, selain Kubu Lily di Betong, Kubu Brooke di Julau, Kubu Hose di Marudi dan Kubu Sylvia di Kapit.

Dalam perkembangan terkini, Kubu Emma akan dijadikan sebagai Muzium Warisan Kanowit dan sudah  berwajah baharu selepas projek pemuliharaan dengan kos RM5 juta yang bermula Ogos 2018, siap pada Febuari tahun ini.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Tazudin Mohtar, pihaknya  menemui artifak baharu berbentuk serpihan seramik dan peluru meriam semasa proses pemuliharaan Kubu Emma.

“Serpihan seramik ini dipercayai berasal dari abad ke-17. Kami juga menemui serpihan peluru atau bola meriam bersaiz kecil di sini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bangunan Kubu Emma, Kanowit dan Upacara Miring ‘Antu Pala’ pada bulan Julai lalu.

Penemuan  ini membuktikan kegiatan yang pernah berlaku di tapak kubu pada masa lalu.  Malah mengikut sejarah, dua pegawai kerajaan terbunuh di Kanowit semasa zaman pemerintaan Brooke.

Tazudin berkata, penemuan artifak baharu akan dikaji dan dipamerkan di tempat pameran di Kubu Emma bersama dengan artifak sedia ada.

Dalam perkembangan lain, Tazudin memberitahu, jabatan merancang untuk mengadakan jerayawara tahun depan bagi  mendidik orang ramai mengenai Ordinan Warisan Sarawak 2019 yang baharu.

Menurut beliau,  DUN Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang Warisan Sarawak 2019 yang disasarkan khusus bagi menjaga aset warisan negeri ini.

“Jerayawara akan dimulakan di Lawas dan berakhir di Kuching. Kami mahu orang ramai khususnya golongan belia mengetahui peranan dan tanggungjawab agensi kerajaan di dalam memelihara dan mengekalkan warisan sejarah di negeri ini,” katanya.

Sementara itu pada majlis berkenaan, wakil kontraktor Crest Realty Sdn Bhd, Wong Fak Ming menyerahkan laporan penyiapan projek kepada Pengurus Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya (JKR), Anding Unchi.

Anding kemudian menyerahkan dokumen kepada Tazudin dengan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong.

Upacara miring ‘Antu Pala’ turut diadakan untuk mengembalikan sembilan tengkorak manusia ke dalam kubu ini.  Tengkorak tersebut sebelumnya dipindahkan ke pondok sementara di luar bangunan kubu untuk membolehkankerja-kerja pemuliharaan dilaksanakan.

Continue Reading

Previous: Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang ringankan beban pesakit
Next: Pakaian beragam merdeka semarakkan semangat patriotisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.