Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kuasai kemahiran Microsoft PowerPoint, teknologi kecerdasan buatan (AI)
  • Tengah
  • WILAYAH

Kuasai kemahiran Microsoft PowerPoint, teknologi kecerdasan buatan (AI)

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PESERTA dari pelbagai peringkat umur telah menyertai kursus Microsoft PowerPoint + AI: Dari Asas ke Mahir anjuran Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) di kampusnya, semalam. Kredit Foto: KKSRCS

SIBU: Seramai 17 peserta dari komuniti sekitar Sibu dan Sarikei telah menyertai kursus Microsoft PowerPoint + AI: Dari Asas ke Mahir anjuran Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) di kampusnya, semalam.

Kursus sehari itu memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membina slaid persembahan secara menarik dan profesional dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint serta teknologi kecerdasan buatan (AI).

Program berkenaan dibahagikan kepada dua modul iaitu sesi pagi dan petang, yang merangkumi pendedahan kepada teori asas dan latihan langkah demi langkah dalam pembinaan persembahan.

Peserta turut didedahkan kepada teknik penjanaan reka bentuk slaid secara automatik menggunakan AI.

Pengarah KKSRCS, Norasmah Jaafar berkata, kursus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kolej dalam menawarkan kursus pendek di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada komuniti setempat.

“Selain program pengajian TVET sepenuh masa, kami juga menyediakan pelbagai kursus jangka pendek untuk membantu masyarakat meningkatkan kemahiran, khususnya dalam penggunaan teknologi semasa seperti AI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, penganjuran kursus seumpama itu juga selari dengan aspirasi ‘TVET for All’ yang digariskan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), bagi memastikan akses pendidikan dan latihan kemahiran terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Norasmah turut menggalakkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menunggu keputusan peperiksaan pada 24 April ini agar mempertimbangkan KKSRCS sebagai salah satu pilihan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

“Bagi kemasukan ke KKSRCS, syarat minimum adalah lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu kredit.

“Program Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) yang ditawarkan sangat sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang pelancongan,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak buaya tersangkut pada mata kail
Next: Pendidikan seks perlu pendekatan menyeluruh – Nancy Shukri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.