Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kuarters terbakar, dua guru berjaya selamatkan diri
  • KEBAKARAN

Kuarters terbakar, dua guru berjaya selamatkan diri

Utusan Sarawak 6 months ago

PADAM API...Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kuarters guru SK Batu Danau hari ini.

LIMBANG: Dua guru lelaki berjaya menyelamatkan diri selepas kuarters guru yang mereka diami ranap dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Clarence D.Primus Tiandun berkata kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi tadi menyebabkan kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Danau hampir musnah keseluruhannya.

“Dua orang guru yang mendiami rumah tersebut berjaya keluar menyelamatkan diri dan operasi pemadaman dilakukan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Kebakaran tiada melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya.

Clarence berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi ditamatkan pada jam 9.25 pagi setelah bomba memastikan keadaan semua selamat. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Kilang buat alat besi terbakar
Next: Pondok luar rumah hangus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.