Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kuarters lama JKR di Limbang musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Kuarters lama JKR di Limbang musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 11 hours ago

RANAP… Kuarters lama yang kosong ranap dalam kebakaran malam tadi di Limbang.

LIMBANG: Sebuah kuarters lama milik Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan, berkata sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar satu kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.08 malam.

Katanya sepasukan anggota melibatkan dua kenderaan bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran rumah terbabit.

“Setibanya pasukan di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah kuarters lama milik JKR yang tidak berpenghuni dan musnah sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya hari ini.

Beliau berkata pasukan keluaran operasi bertindak memadam kebakaran menggunakan teknik bertahan.

“Setelah operasi tamat dan memastikan tiada lagi punca api, pasukan keluaran operasi bertolak balik ke balai.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba berjaya padam kebakaran belukar di Kampung Banting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.