Kualiti udara Sarawak semakin merosot, tujuh kawasan kini tahap berbahaya

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU Sarawak setakat 8.00 pagi, Sabtu, 31 Ogos 2026, sumber NREB.

KUCHING: Kualiti udara di Sarawak semakin membimbangkan apabila tujuh kawasan kini merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 8.00 pagi ini, meningkat berbanding tiga kawasan yang direkodkan pada malam tadi.

Tujuh kawasan berkenaan ialah Serian, Tebedu, Lubok Antu, Sri Aman, Lundu, Samarahan dan Kuching, dengan bacaan masing-masing 476, 385, 367,326, 349, 330 dan 317.

Keadaan itu menunjukkan kualiti udara semakin merosot di beberapa kawasan Sarawak, apabila kawasan yang sebelum ini berada pada tahap sangat tidak sihat turut meningkat melepasi paras 300.

Sementara itu, tiga kawasan iaitu Sarikei, Sibu dan Mukah masing-masing merekodkan IPU 267, 219 dan 214, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat.

Lapan kawasan lain pula berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan antara 117 hingga 181.

Bacaan IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya, manakala 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Oleh Masrin Affirah