KUCHING: Kualiti udara di seluruh Sarawak terus menunjukkan keadaan baik apabila semua kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik dan sederhana setakat 12.00 tengah hari ini.
Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), tiada kawasan di negeri ini mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
Belaga merekodkan bacaan 69, diikuti Tebedu 62, manakala Serian dan Lubok Antu masing-masing mencatatkan 61.
Samarahan, Kapit dan Kanowit masing-masing merekodkan bacaan 60, diikuti Sri Aman 59 serta Samalaju 58.
Betong pula mencatatkan IPU 57, Bintulu 55, manakala Kuching dan Mukah masing-masing 54 serta Lundu 53.
ILP Miri merekodkan bacaan 51, dengan semua kawasan berkenaan berada dalam kategori sederhana.
Sementara itu, enam kawasan berada pada tahap baik iaitu Bario 50, Sibu dan Miri masing-masing 48, Lawas 46, Sarikei 42 serta Limbang 39.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.
Oleh Norman B




