Kualiti udara Sarawak bertambah baik, lima kawasan masih catat IPU tidak sihat

Facebook
WhatsApp
Kualiti udara Sarawak bertambah baik, lima kawasan masih catat IPU tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di Sarawak semakin baik apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat menunjukkan kepada lima kawasan setakat 10.00 pagi ini.

Daripada 13 kawasan yang dipantau, lima kawasan merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, manakala lapan kawasan berada pada tahap sederhana.

Kawasan yang masih mencatatkan bacaan tidak sihat ialah IPD Serian dengan IPU 180, diikuti Sri Aman (169), Kuching (164), Samarahan (157) dan Sarikei (152).

Sementara itu, lapan kawasan mencatatkan bacaan sederhana iaitu Mukah (96), Bintulu (94), Samalaju (92), Sibu (91), Miri (85), ILP Miri (82), Kapit (80) dan Limbang (60).

Bacaan tertinggi pagi ini direkodkan di IPD Serian pada 180, namun masih berada dalam kategori tidak sihat dan belum mencapai tahap sangat tidak sihat.

Secara keseluruhan, penurunan bacaan IPU menunjukkan keadaan kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak semakin baik pagi ini.