Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KSDS anjur Pertandingan Dart Piala Prof. Dr Tunza 2025 di Saratok
  • SUKAN

KSDS anjur Pertandingan Dart Piala Prof. Dr Tunza 2025 di Saratok

Utusan Sarawak 9 hours ago
HEBAHAN Pertandingan Dart Beregu Tertutup Sarawak Piala Prof. Dr Tunza 2025.

SARATOK: Kelab Sukan Dart Saratok (KSDS) akan menganjurkan Pertandingan Dart Beregu Tertutup Sarawak Piala Prof. Dr Tunza 2025 di Dewan Masyarakat Sri Krian pada 18 dan 19 Oktober ini, bermula 9.00 pagi.

Pertandingan dijangka menarik penyertaan lebih 80 pasukan dari seluruh Sarawak, dan sekiranya bilangan penyertaan melebihi sasaran, penganjur akan melaksanakan pusingan `peluang keduaʼ untuk kategori Silver Plated.

Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 15 Oktober, 7.00 malam. Pertandingan menawarkan dua kategori utama iaitu Gold Plated dan Silver Plated dengan hadiah wang tunai, piala, dan pingat.

Untuk kategori Gold Plated, juara bakal membawa pulang RM3,500, naib juara RM2,500, manakala tempat ketiga dan keempat menerima RM1,500.

Tempat kelima hingga kelapan memperoleh RM200 berserta pingat, dan tempat kesembilan hingga ke-16 menerima pingat.

Kategori Silver Plated pula menawarkan RM400 untuk juara, RM300 untuk naib juara, dan RM150 untuk tempat ketiga dan keempat, dengan semua pemenang membawa pulang pingat.

Selain itu, ganjaran khas RM100 disediakan bagi pencapaian individu seperti Highest Check Out (121 ke atas), Most 180’s, dan Fastest Check (bawah 15 dart).

Penganjur turut menetapkan peraturan pemakaian dan disiplin untuk memastikan pertandingan berjalan profesional.

Peserta dilarang memakai selipar, topi, seluar pendek, baju tanpa kolar atau tanpa lengan, serta penggunaan arak dan dadah tidak dibenarkan.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Shaiful Lizan (013-828 3442), Standly (011-5509 3679), Wan A. Sayuti (010-970 9702) atau Muhaizam (019-438 8569) untuk maklumat lanjut. Penganjur berharap pertandingan ini menjadi platform terbaik untuk menggilap bakat baharu serta mengukuhkan hubungan peminat dart di negeri ini.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik, Hon Jian-Muhammad Haikal mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.