Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kru Shenzhou-20 berjaya masuk stesen angkasa lepas
  • GLOBAL

Kru Shenzhou-20 berjaya masuk stesen angkasa lepas

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Kreadit CMG

BEIJING: Kapal angkasa lepas bermanusia Shenzhou-20 berjaya bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas China pada 11.49 malam tadi.

Selepas itu, tiga angkasawan Shenzhou-20 memasuki stesen angkasa lepas dan berjumpa dengan kru Shenzhou-19, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Kapal Shenzhou-20 dilancarkan menggunakan roket pembawa Long March-2F di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 5.17 petang semalam, waktu Beijing.

Kira-kira 10 minit kemudian, kapal angkasa lepas itu berpisah dengan roket dan memasuki orbitnya.

Menurut CMSA, kru Shenzhou-20 akan mengadakan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-19, mengadakan pelbagai eksperimen saintifik, di samping menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA), pemasangan kelengkapan perlindungan serpihan dan sebagainya.

Sehingga kini, China berjaya menghantar 26 angkasawan ke ruangan angkasa lepas.
CMSA berkata kru Shenzhou-19 dijadual akan kembali ke Bumi pada 29 April ini. – Bernama – CMG

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 5 anggota polis Thailand maut dalam nahas pesawat semasa penerbangan ujian
Next: Maradona ‘pesakit yang sukar’,  perlu dipujuk mendapatkan rawatan – pakar bedah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.