Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kru Artemis II NASA bersiap sedia untuk pendaratan di Lautan Pasifik
  • GLOBAL

Kru Artemis II NASA bersiap sedia untuk pendaratan di Lautan Pasifik

Utusan Sarawak 2 hours ago
KRU Artemis II — (dari kiri) Pakar Misi Christina Koch, Pakar Misi Jeremy Hansen, Juruterbang Victor Glover, dan Komander Reid Wiseman berhenti seketika untuk bergambar berkumpulan di dalam kapal angkasa Orion dalam perjalanan pulang ke Bumi. Selepas mengelilingi bahagian jauh Bulan pada 6 April 2026, kru tersebut keluar daripada sfera pengaruh Bulan (iaitu titik di mana graviti Bulan lebih kuat menarik Orion berbanding graviti Bumi) pada 7 April, dan kini menuju kembali ke Bumi untuk pendaratan di Lautan Pasifik pada 10 April. Foto NASA/AFP

WASHINGTON: Empat angkasawan misi Artemis II ke Bulan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang membuat persiapan untuk kembali ke Bumi, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu pada Rabu.

Menurut NASA, para angkasawan meneruskan beberapa ujian saintifik serta mula menyusun dan menyimpan peralatan sebagai persediaan pulang.

Perdana Menteri Kanada Mark Carney turut mengucapkan tahniah kepada para angkasawan menerusi siaran langsung, sambil berkata rakyat Kanada “amat berbangga dengan anda.”

Kru berkenaan yang terdiri daripada angkasawan AS Christina Koch, Victor Glover dan Reid Wiseman, serta angkasawan Kanada Jeremy Hansen dijadual melakukan pendaratan di Lautan Pasifik pada Jumaat, manakala keadaan cuaca ketika ini dilapor menggalakkan, menurut NASA.

Bagaimanapun, mereka dijangka tidak akan memecahkan rekod kelajuan.

Pengurus NASA Rick Henfling berkata Artemis II dijangka mencapai halaju maksimum 10,657 meter sesaat, lebih rendah berbanding 11,094 meter sesaat yang dicatatkan Apollo 10.

Kru Artemis II merupakan manusia pertama mengembara berhampiran Bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.

Misi itu dilancarkan minggu lepas dengan menggunakan roket Space Launch System dari Cape Canaveral, Florida, sebelum mengelilingi Bulan. 

Sepanjang misi itu, mereka turut mencipta rekod sebagai manusia yang mengembara paling jauh dari Bumi.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Serigala terlepas, sekolah ditutup di Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.