Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kru-11 ISS kembali ke bumi lebih awal susulan masalah kesihatan angkasawan – NASA
  • GLOBAL

Kru-11 ISS kembali ke bumi lebih awal susulan masalah kesihatan angkasawan – NASA

Utusan Sarawak 20 hours ago
ANGGOTA Kru-11 Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan dibawa pulang ke Bumi lebih awal daripada jadual asal susulan masalah kesihatan yang dialami oleh salah seorang angkasawan, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

WASHINGTON:  Kru-11 Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan dibawa pulang ke Bumi lebih awal daripada jadual asal berikutan masalah kesihatan yang dihadapi oleh seorang daripada anggotanya, lapor Sputnik yang memetik Pentadbir  Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Jared Isaacman.

“Semalam, 7 Januari, seorang kru di stesen berkenaan mengalami situasi perubatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Selepas berbincang dengan Ketua Pegawai Kesihatan dan Perubatan (NASA), Dr. JD Polk serta kepimpinan agensi, saya memutuskan bahawa adalah demi kepentingan terbaik angkasawan kami untuk membawa pulang Kru-11 lebih awal daripada tarikh berlepas yang dirancang,” kata Isaacman dalam satu sidang media.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama angkasawan terbabit mahupun jenis masalah kesihatan yang dihadapi oleh kru berkenaan.

Sementara itu, Polk menegaskan bahawa kepulangan awal Kru-11 tidak dianggap sebagai pemindahan kecemasan memandangkan angkasawan terbabit berada dalam keadaan stabil.

Kru-11 ISS terdiri daripada Oleg Platonov dari Rusia, Kimiya Yui dari Jepun, serta Zena Cardman dan Michael Fincke dari Amerika Syarikat.- Bernama-Sputnik

Continue Reading

Previous: Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.