Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KRT Buangsiol galak belia sertai SRS demi keselamatan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

KRT Buangsiol galak belia sertai SRS demi keselamatan komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago
BELIA RONDA…Pedi Amit (duduk tiga kiri) bersama ahli KRT dan SRS Buangsiol pada Kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’. 

LIMBANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Buangsiol menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebagai usaha bersama untuk menjaga keselamatan serta mengurangkan kegiatan jenayah di kawasan kejiranan.


Pengerusinya Pedi Amit berkata Kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’ yang diadakan baru-baru ini mampu mengalak lebih ramai golongan belia menyertai SRS.


“Dalam mewujudkan kejiranan yang selamat dan kondusif memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat terutama golongan belia. “Kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS satu platform tepat untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan kampung, dan kita mengalu-alukan penglibatkan golongan muda dalam aktiviti meronda” katanya kepada media hari ini.


Pada masa yang sama, KRT Buangsiol akan terus proaktif menyertai program-program anjuran Jabatan Perpaduan bersama agensi keselamatan dalam menarik minat lebih ramai anggota keluarga dalam kalangan masyarakat menyertai SRS pada masa depan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: RM50 juta untuk atasi banjir Miri, dua stesen pam utama dibina
Next: Ular sawa baham ayam berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.