Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KOLUM
  • Kronisme, Nepotisme dan Kolusi
  • KOLUM

Kronisme, Nepotisme dan Kolusi

Utusan Sarawak 2 years ago

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar

Kronisme bukanlah istilah baharu muncul di negara ini.  Apabila berlakunya krisis kewangan  di Asia Tenggara kepimpinan politik turut bergolak.  Kalangan pimpinan politik di  Malaysia dan Indonesia turut menyaksikan suara-suara yang mahukan anak muda mengambil tempat dan kedudukan. Lebih-lebih lagi pemimpin yang menerajui negara ketika itu sudah lama memegang kuasa dan kegelisahan  pelapis mereka  sekiranya tidak ada perubahan.

Ketika itu laungan reformasi atau dikenali juga sebagai doi moi atau reformasi yang dikenali sebagai  doi moi.  Isu yang mereka gunakan ialak kronisme, nepotisme dan kolusi.    Di Indonesia tokoh seperti  Amien Rais ialah penggerak utama gerakan reformasi sehingga banyak dekmonstrasi dan kempen menumbang Presiden Soeharti  berterusan sehingga kerajaan pimpinan Soeharto tumbang pada tahun 1998.

Di Malaysia, Anwar Ibrahim mempopularkan istilah tersebut nepotisme dan menggerakan agenda reformasi. Namun gerakan yang dipimpin Anwar ketika itu gagal kerana Mahathir Mohamad berjaya mengekang kebangkitan tersebut. Ketika itu,  kempen anti nepotisme, kronisme dan kolusi menjadi wacana hangat rakyat ketika itu. Anwar dan beberapa kelompoknya dikenali sebagai penggerak wacana anti nepotisme, kronisme dan kolusi.

Kronisme

Kronisme ialah amalan yang dipraktiskan yanh memberikan  peluang pekerjaan  kepada kalangan  kelompok teman-teman rapat  atau dipercayai. Dalam politik amalan ini sering berlaku apabila orang politik meletakkan orang kepercayaannya  di tempat-tempat strategik, menguntungkan dariu segi politik, ekonomi dan reputasi dan perkara ini dilakukan di tempat pejabat awam atau  pejabat parti politik sendiri.  Kronismse dipertikaikan apabila pelantikan ini tidak berdasarkan keyalakan mereka, atau ada orang yang lebih berkelayakan daripada yang dilantik tersebut sewajarnya lebih layak  berada dalam kedudukan atau memegang jawatan tersebut. Malah amalan ini dikatakan bertentangan dengan  amalan berdasarkan prestasi atau meritokrasi. Amalan ini dikatakan untuk mendapatkan sokongan dan mengukuhkan kedudukan mahu pun sebagai ganjaran kepada sokongan yang telah diberikan.

Istilah kronisme sudah lama digunakan, iaitu seawal-awalnyapada abad ke-17 namun amalan ini sudah lama dipraktiskan sebelum  istilah tersebut digunakan. Situasi ini bermakna kronisme sudah lama berakar umbi dalam masyarakat dunia. Dalam konteks dunia terdapat banyak contoh tuduhan bahawa presiden negara mengamalkan amalan kronisme seawal presiden Truman di Amerika Syarikat, hingga John Major dan David Cameroon di UK. Senarai ini belum lagi yang berlaku kebanyakan negara membangun.

Nepotisme

Amalan memberikan jawatan, kelebihan atau  membuat pelantikan kalangan yang berkuasa kepada saudara mara, keluarga besar mereka, kawan-kawan dikenali sebagai  amalan nepotisme.  Walau bagaimanapun nepotisme lebih banyak dicirikan kepada pelantikan jawatan dalam konteks  ada hubungan dengan keluarga. Dari segi sejarah nepotisme ia bermula daripada sistem monarki dan sistem feudal dalam pelbagai bidang termasuk dalam institusi sosial. Dalam konteks moden ia berlaku dalam pelbagai cabang kehidupan termasuk dalam dunia politik moden, perniagaan, hiburan, sukan dan pelbagai. Istilah asal  nepotisme bermula  sistem agama di Rom yang cenderung kepada pemberian  jawatan kepada keluarga besar mereka terutama dalam zaman pertengahan dan abad ke-17.  Malah istilah nepotisme berasal daripada istilah Itali, iaitu nepotismo yang makna asal dalam bahasa latin ialah nepos yang bermaksud sepupu. Daripada penggunaan istilah nepotisme yang  bersifat murni dan tidak ada konotasi negatif, Lama-kelamaan istilah ini digunakan secara meluas dan konteks yang besar sehingga ia mendatangkan sifat-sifat yang bersifat negatif. Dari zaman berzaman ia banyak berlaku  dan contoh-contoh semakin banyak  dipraktiskan oleh mana-mana ahli politik di serata dunia.

Kolusi

Istilah kolusi pula ialah bermakna terdapat kesepakatan  secara senyap-senyap, penuh rahsia, malah tidak sah bagi mengelirukan seseorang atau kelompok tertentu.  Kolusi ini berlaku apabila terdapat kalangan orang politik misalnya berkonspirasi berbuat sesuatu secara sulit, sama ada mereka membuat perjanjian sulit atau membuat kesepakatan bagi berbuat sesuatu khususnya  untuk memanipulasikan politik atau agenda lain.

Kesepakatan atau perjanjian sulit yang dibuat oleh  Ismail Sabri ketika beliau menjadi Perdana Menteri  bersama Muhyiddin Yassin dan disaksikan oleh Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan yang bersetuju untuk mencalonkan Muhiyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah contoh kolusi yang berlaku dalam politik kerana hal ini tidak diketahui oleh Majlis Kerja Tertinggi Parti (MKT) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) termasuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sendiri.  Malah kesepakatan ini tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat MKT UMNO.

Pelantikan Nurul Izzah

Apabila Nurul Izzah  Anwar, iaitu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga anak kandung Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat kanan kkonomi dan Kewangan untuk Kementerian Kewangan yang diterajui sendiri oleh Anwar Ibrahim dan beliau pula sebagai Perdana Menteri yang sedang memerintah negara, makaia menimbulkan pelbagai reaksi.  Hassan Abdul Karim sebagai ahli parlimen kerajaan dari PKR sendiri mengkritik pelantikan ini.  Beliau menyifatkan pelantikan ini tidak salah dari segi undang-undang namun secara moralnya salah. Malah, Hassan juga menyatakan tindakan membuat pelantikan  ini akan membawa kesan buruk dan akan mencetuskan tuduhan amalan nepotisme kalangan awam.

Beliau juga menyatakan Anwar tidak perlu memohon maaf, sebaliknya perlu mempertimbangkan semula  pelantikan tersebut dan beliau percaya isu ini boleh memberikan kesan berpanjangan manakala pembangkang akan  dijangka akan memainkan isu ini. Hassan Karim juga percaya bahawa , terdapat orang lain yang boleh dilantik jawatan tersebut manakala Nuruk Izzah boleh memainkan peranan di bawah kementerian lain.

Hassan Karim juga menegaskan pelantikan tersebut kontradiksi dengan prinsip reformasi yang diperjuangkan  sebelum ini. Justeru, adalah menjadi peranannya sebagai orang parti  untuk menegur dan  elak daripada persepsi buruk terhadap Anwar dan kerajaan Perpaduan serta agenda Malaysia Madani.  Ini juga cuba campur tangan  di Kementerian Kewangan  yang sudah mempunyai pakar dan professional bergaji. Hassan mencadangkan Nurul Izzah berkhidmat di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di bawah Rafizi Ramli.

Presiden Transparency International (TI-M) pula menyatakan berlakunya konflik kepentingan berlaku apabila mana-mana individu yang mempunyai pertalian keluarga berada dalam sesebuah organisasi atau syarikat dan ini akan menyebabkan media dan rakyat  menganggap ini bentuk nepotisme dan kronisme. Perkara ini dibimbangi akan memberi kesan kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia jika tidak diperbetulkan.

Kepelbagaian Tafsiran

Terdapat juga menyatakan pelantikan Nurul Izzah tidak salah dari segi undang-undang. Malah tidak ada undang-undang khusus yang tidak membenarkan situasi ini daripada berlaku.  Di negara-negara barat situasi ini berlaku juga misalnya Donald Trump, Presiden Amerika pernah  melantik anak menantunya, Jared Kushner  sebagai salah seorang penasihat kanan White House.

Anak prempuan Trump, iaitu Ivanka juga dilantik menjadi penasihat kepada Trump sebagai presiden Amerika Syarikat tanpa menerima gaji dan elaun. Idea ini juga Anwar laksanakan bahawa tidak ada gaji, elaun dan kelebihan pada pada jawatan tersebut melainkan menjadi penasihat  yang paling dipercayai, berani menegur dan mengkritik Perdana Menteri secara bebas  manakala pihak lain belum tentu ada keberanian bersikap sedemikian.  Nurul Izzah juga mempunyai latar  penglibatan dalam kerajaan dan pendidikan tinggi hingga peringkat sarjana yang membolehkannya beliau dianggap  bukanlah sebagai kelompok nepotisme yang tidak berkelayakan. 

  • Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi adalah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaysa, Kuala Lumpur. Beliau juga felo penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Tags: Dr Awang Azman

Continue Reading

Previous: Perihal tiang bendera tertinggi Asia Tenggara
Next: Bila peruntukan Ahli Parlimen dikurangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.