Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Krismas dan Tahun Baharu jadi simbol keharmonian masyarakat Sarawak di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Krismas dan Tahun Baharu jadi simbol keharmonian masyarakat Sarawak di Miri

Utusan Sarawak 1 day ago
POTONG..Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin (lapan dari kanan)  bersama yang lain memotong kek pada majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2026 anjuran Persatuan Melanau Miri (PMM). 

MIRI: Sambutan Krismas dan Tahun Baharu terus menjadi lambang keharmonian serta perpaduan masyarakat Sarawak apabila Persatuan Melanau Miri (PMM) menganjurkan Majlis Perayaan Krismas 2025 dan Menyambut Tahun Baharu 2026 di Dewan Balau, Wisma Melanau Miri, semalam.

Majlis yang berlangsung meriah itu menghimpunkan masyarakat berbilang kaum dan agama serta dihadiri barisan pemimpin kerajaan negeri dan Persekutuan, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan utama rakyat Sarawak.

Berucap pada majlis tersebut, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Melanau Miri atas kejayaan menganjurkan majlis berkenaan yang bukan sahaja meriah, malah sarat dengan nilai perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di bandar raya Miri.

“Sambutan Krismas dan Tahun Baharu bukan sekadar perayaan keagamaan atau acara tahunan, sebaliknya menjadi simbol kasih sayang, kedamaian dan kebersamaan yang menjadi asas kepada kestabilan sosial serta keharmonian masyarakat di Sarawak,” katanya.

Beliau turut memuji peranan aktif komuniti Melanau yang sentiasa memberi sumbangan positif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan kebudayaan negeri, khususnya di Miri.

Hadir sama pada majlis, Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni,  Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, Timbalan Datuk Bandar Bandaraya Miri, Ariffin Mohamad serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Banjir pertama 2026, paras air di Bekenu masih tinggi
Next: Paras air sungai masih bawah normal, namun air pasang besar tingkat risiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.