Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik – PM Anwar
  • SEMASA

Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik – PM Anwar

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian Program MADANI RAKYAT 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, hari ini. Foto Bernama

IPOH: Malaysia menegaskan komitmennya untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara serta menentukan dasar sendiri sebagai sebuah negara merdeka, termasuk dalam mengurus cabaran krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pendekatan berkecuali dan terbuka itu penting, bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara khususnya ketika ketidaktentuan geopolitik memberi tekanan kepada ekonomi global.

Perdana Menteri berkata Malaysia tidak bergantung kepada persetujuan mana-mana kuasa besar dalam menentukan dasar negara, sebaliknya membuat keputusan sendiri sebagai negara berdaulat.

“Kita kena berkawan dengan semua…negara Malaysia ini bebas dan merdeka, kita putuskan sendiri dasar kita,” kata beliau berucap pada Majlis Jalinan Mesra MADANI Taman Perpaduan Koperasi Tambun di pekarangan Masjid Ar-Rashid, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa hubungan baik Malaysia dengan negara Arab dan Teluk termasuk Iran, membolehkan komunikasi serta kerjasama berterusan, selain memastikan laluan kapal negara melalui Selat Hormuz kekal terbuka. 

“Walaupun negara kita ini tidaklah negara besar, kita bersyukur kerana semua negara Arab dan negara Teluk yang terlibat telah menghubungi kita, termasuk Presiden Iran,” kata Perdana Menteri.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba pada perasmian Program MADANAI RAKYAT 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru hari ini. Foto Bernama

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin, termasuk melalui misi penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Perdana Menteri berkata beliau turut berhubung dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi bagi memastikan laluan ke Rafah dibuka, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.

Beliau berkata rakyat di Gaza berdepan kebuluran dan Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha bantuan sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib mereka. 

Semalam, Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu akan menyampaikan 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan terus mencari penyelesaian terbaik dalam menghadapi krisis tenaga global, termasuk memberi perhatian kepada golongan peniaga, petani dan nelayan.

“Saya tak kata tak ada masalah. Mana mungkin tak ada masalah. Harga diesel naik, tapi kita bantu untuk petani, untuk nelayan, semua kita bagi.

“Tapi kita ada cara nak selesaikan perlahan-lahan…sekarang ini setiap hari ada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: BDR boleh bantu jimat guna tenaga minyak, bukan untuk pekerja pergi bercuti atau ambil kesempatan
Next: Petronas kini pengimport bersih bahan api – PM Anwar  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.