Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Krisis tenaga global: KKM giat pastikan bekalan ubat, peranti perubatan terjamin
  • KESIHATAN

Krisis tenaga global: KKM giat pastikan bekalan ubat, peranti perubatan terjamin

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) giat memastikan keterjaminan bekalan ubat dan peranti perubatan melalui pengukuhan stok penimbal susulan krisis tenaga global yang berlaku ketika ini.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia termasuk dengan mempelbagaikan sumber bekalan dan pemantauan bahan mentah dan rantaian bekalan secara berterusan bersama pihak industri bagi membolehkan risiko gangguan dikenal pasti lebih awal dan ditangani secara bersasar.

“Krisis ini memberi kesan kepada rantaian bekalan global, termasuk ubat-ubatan dan peranti perubatan serta memberi impak kepada penghantaran dan ketidakstabilan akses kepada beberapa peranti perubatan kritikal, khususnya produk import bagi kategori berisiko tinggi.

“Situasi ini juga antara lain memberi kesan kepada keupayaan pembekal untuk memenuhi obligasi kontrak, di samping berpotensi menjejaskan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kesihatan sekiranya tidak ditangani dengan segera,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pengurusan bekalan dilaksanakan secara berhemat melalui pengagihan berasaskan keperluan klinikal dan penggunaan yang rasional, di samping penyediaan pelan rawatan klinikal alternatif dan memudah cara proses regulatori bagi memastikan akses berterusan kepada ubat-ubatan.

Menurut kenyataan itu KKM turut melaksanakan laluan akses khas, pengaktifan pelan gerak balas kecemasan, penetapan item kawalan serta perluasan penggunaan e-Labelling bagi peranti perubatan.

Bagi jangka sederhana dan panjang, tumpuan diberikan kepada pengukuhan daya tahan bekalan melalui peralihan penggunaan bahan resin kepada polimer, pelaksanaan Unique Device Identification dan pembangunan industri tempatan bagi peranti perubatan.

“Bagi ubat-ubatan pula, pembangunan dasar keterjaminan bekalan ubat melalui inisiatif MyMedSecure, pengukuhan pengeluaran tempatan, pendigitalan rantaian bekalan dan pewujudan stok penimbal strategik nasional turut disasarkan,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sekadar pengsan atau penyakit jantung serius?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.