Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Krisis 11 tahun ‘pulih’ buka semula kedutaan
  • GLOBAL

Krisis 11 tahun ‘pulih’ buka semula kedutaan

Utusan Sarawak 2 years ago

Mekdad dalam pertemuan dengan Putera Faisal di Jeddah. Foto AFP

TUNIS: Tunisia dan Syria memutuskan untuk membuka semula kedutaan masing-masing bagi menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar Tunisia, semalam.

“Susulan inisiatif yang dilaksanakan oleh Presiden Kais Saied untuk melantik duta Tunisia ke Syria, pihak Syria memberikan persetujuan terhadap pelantikan ini.

“Pihak Syria juga memutuskan untuk membuka semula kedutaannya di Tunis dan melantik duta dengan kadar segera,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menteri luar kedua-dua negara akan meneruskan rundingan dan penyelarasan bagi memulihkan hubungan Tunisia-Syria, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak akan berusaha untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan demi menyatukan Tunisia dan Syria, dan mempertahankan nilai-nilai perpaduan.

Tunisia memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Syria pada Februari 2012 selepas perang saudara Syria meletus. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Twitter berhentikan lebih 6,000 pekerja – Musk
Next: Boeing, Korea Selatan meterai MoU pembangunan senjata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.