Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kren tumbang: MBKS mahu penjelasan pemaju
  • TEMPATAN

Kren tumbang: MBKS mahu penjelasan pemaju

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng membuat tinjauan di lokasi insiden kren tumbang di Lorong Stutong Baru 4. Foto MBKS 

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng melahirkan kebimbangan serius berhubung insiden kren yang berlaku pada 12 Februari lepas, tapak pembinaan di Lorong Stutong Baru 4, apabila sebuah kren tumbang dan menghempap dua rumah kediaman berhampiran.

Menurut beliau, pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memandang perkara tersebut dengan penuh serius kerana melibatkan aspek keselamatan awam serta kerosakan harta benda persendirian.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, kedua-dua rumah yang terjejas mengalami kerosakan, khususnya pada bahagian struktur bumbung. Pihak pemaju telah memulakan kerja-kerja pembaikan bagi membaiki kerosakan yang berlaku.

“Keselamatan awam adalah keutamaan kami. Kami tidak akan berkompromi dalam soal pematuhan aspek keselamatan di tapak pembinaan dalam kawasan pentadbiran kami,” katanya dalam satu kenyataan.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng membuat tinjauan di lokasi insiden kren tumbang di Lorong Stutong Baru 4. Foto MBKS 

Sehubungan itu, MBKS telah mengarahkan pihak pemaju mengemukakan penjelasan bertulis dalam tempoh tujuh hari dengan memperincikan punca kejadian, langkah keselamatan dan pemantauan yang dilaksanakan, tindakan segera yang telah diambil serta pelan pembaikan dan pampasan yang dicadangkan kepada pemilik rumah terlibat.

Dato Wee turut memaklumkan bahawa surat rasmi majlis kepada pemaju telah disalinkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Sarawak untuk makluman dan tindakan lanjut.

“Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada pihak pemaju dan semua pihak berkaitan bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, penduduk yang terjejas mesti diberikan penyelesaian yang adil dan segera,” tegasnya.

MBKS juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya didapati berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap keperluan keselamatan yang ditetapkan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKM Kuching kesan ibu kandung atau waris kanak-kanak
Next: Jepak, Bintulu dirancang sebagai projek perintis perumahan M40 – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.