Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kreativiti rakyat bentuk identiti AirBorneo
  • TEMPATAN

Kreativiti rakyat bentuk identiti AirBorneo

Utusan Sarawak 3 months ago
FOTO janaan kecerdasan buatan (AI).

KUCHING: AirBorneo, syarikat penerbangan pertama milik penuh Sarawak, hari ini mengumumkan pelancaran Pertandingan Rekaan Logo dan Livery bagi melibatkan penyertaan orang ramai dalam membentuk identiti visual syarikat penerbangan baharu itu.

Inisiatif ini susulan sambutan hangat rakyat Sarawak di media sosial selepas pengumuman penubuhan AirBorneo. Pelbagai rekaan kreatif yang mengangkat warisan budaya dan keindahan alam semula jadi negeri ini telah menarik perhatian ramai.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pertandingan ini diadakan bagi menghargai semangat dan kreativiti masyarakat dalam membentuk imej AirBorneo.

“Saya melihat ramai netizen berkongsi rekaan livery kreatif di media sosial dan saya akui semua rekaan itu amat cantik dan menginspirasikan. 

“Oleh itu, kita akan mengadakan pertandingan bagi mencari rekaan livery terbaik untuk AirBorneo,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pertandingan ini mencerminkan komitmen Sarawak dalam melibatkan masyarakat dalam pembentukan identiti syarikat penerbangan negeri selain mempamerkan warisan unik serta visi kemajuan Sarawak.

Pengerusi AirBorneo yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata pertandingan ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk menyumbang kepada jenama yang bakal menjadi kebanggaan negeri.

“AirBorneo bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan, tetapi juga lambang aspirasi dan perpaduan rakyat Sarawak. Melalui pertandingan ini, kita ingin mengetengahkan kreativiti serta semangat rakyat dalam identiti AirBorneo,” katanya.

Pertandingan ini merangkumi dua kategori, iaitu rekaan logo dan rekaan livery pesawat. Para peserta digalakkan untuk menggabungkan elemen budaya, warisan, biodiversiti, nilai mesra alam, keterhubungan dan semangat AirBorneo dalam rekaan mereka.

Maklumat lanjut mengenai garis panduan penyertaan dan tarikh tutup akan diumumkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam masa terdekat.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SBST lalui perjalanan sejauh 67 km, 48 perhentian
Next: Bazar Ramadan Meditel mudahkan warga HUS beli juadah berbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.