Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPWKM terima lebih 1,000 aduan kes gangguan seksual terhadap lelaki
  • SEMASA

KPWKM terima lebih 1,000 aduan kes gangguan seksual terhadap lelaki

Utusan Sarawak 5 months ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Nancy Shukri ketika sidang media di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hari ini. 

SAMARAHAN: Lebih 1,000 aduan kes gangguan seksual terhadap lelaki telah diterima semenjak penglibatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS). 

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, peningkatan jumlah aduan itu membuktikan keberkesanan pendekatan kementerian dalam membina kesedaran dan memberi ruang kepada masyarakat untuk tampil melaporkan kes gangguan seksual.

“Sebelum kami aktif melibatkan diri dalam TAGS, hanya sekitar 100 kes gangguan seksual dilaporkan, itu pun melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Namun, selepas penglibatan kementerian (KPWKM), aduan telah meningkat melebihi 1,000 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Program Toleransi Sifar Keganasan@Advokasi Antigangguan Seksual di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nancy turut menjelaskan bahawa tidak semua pengadu bersedia untuk membawa kes mereka ke pihak polis, terutama jika mereka hanya ingin mendapatkan panduan atau mencari penyelesaian terhadap isu yang mengganggu fikiran mereka.

“Jika mereka memilih untuk tidak membuat laporan polis, mereka boleh mendapatkan nasihat daripada kaunselor. Namun, jika mereka benar-benar mahu mengambil tindakan, mereka boleh membuat laporan kepada polis.

“Ini menunjukkan ramai yang terganggu secara emosi dan memerlukan bantuan. Namun, ada juga yang hanya ingin mengetahui prosedur atau pilihan yang ada sebelum membuat keputusan sendiri.

“Kita menghormati keputusan mereka tanpa memaksa untuk mengambil tindakan tertentu,” katanya. 

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan mangsa lelaki dalam kes gangguan seksual ini dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun, melibatkan pelajar sehingga individu bekerja. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kes positif baharu ASF dikesan di Serian
Next: Parlimen: Pengisian guru di Sarawak meningkat kepada lebih 98 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.