Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KPWKM teliti bantuan tambahan waris anggota FRU terkorban
  • SEMASA

KPWKM teliti bantuan tambahan waris anggota FRU terkorban

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri semasa menghadiri sidang media berhubung Festival Gastronomi Nyamai Sarawak, Sarawak Day Edition di sebuah hotel, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang meneliti bentuk kebajikan yang boleh disalurkan kepada waris sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara tersebut telah dibentangkan semasa mesyuarat Kabinet dan pihaknya kini dalam usaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai bentuk bantuan serta kadar sumbangan yang telah dan bakal diberikan.

“Sebenarnya, ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. 

“Saya sedang mencari maklumat tentang apa yang telah diberikan kerana mereka mempunyai insurans dan juga bantuan daripada pihak polis.

“Biasanya, kita dapat beri bantuan, tetapi kita perlu lihat berapa banyak yang telah diberikan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah kementerian saya, jadi kami akan semak semula dan lihat apa yang boleh disalurkan,” katanya ketika ditemui media selepas sidang media Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 Sarawak Gastromomy Festival 2025 Sarawak Day Edition, Kuching hari ini. 

Tambah beliau, kementeriannya mempunyai semua maklumat yang diperlukan hasil kerjasama dengan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang membolehkan pihaknya mendapatkan gambaran lebih jelas tentang keperluan semasa keluarga mangsa.

Dalam pada itu, Nancy turut memaklumkan bahawa bantuan kaunseling daripada JKM turut disediakan kepada waris, namun diberikan mengikut kesesuaian masa dan keperluan emosi keluarga terlibat.

“Biasanya, kami hanya akan datang kemudian kerana mereka masih sangat emosional. Kami tidak mahu mengganggu pada dua hari pertama kerana ketika itu, mereka masih bersedih dan memerlukan ruang.

“Namun, bantuan kaunseling ada pada bila-bila masa. Tidak perlu memohon, kerana kami sendiri yang akan menawarkan bantuan tersebut,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan penuh empati sentiasa digunakan oleh JKM bagi memastikan keluarga terlibat diberikan sokongan moral dan emosi yang sewajarnya.

Oleh Amanda L

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Belia Sarawak tonggak perpaduan negeri – Abdul Karim
Next: Dzulkefly ketuai delegasi Malaysia ke WHA78 di Geneva

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.